PM Masih Belum Keluar Hospital, Ramai Tertanya-Tanya Tentang Keadaan Terkini Beliau

TERBAHARU, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih menerima rawatan di hospital akibat j4ngkitan pada sistem pengh4daman.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memberitahu, selepas menjalani pemeriksaan kesihatan yang rapi, didapati tiada bukti menunjukkan mas4lah tumor lama yang berulang.

“Atas nasihat pasukan doktor, beliau kini berada di hospital untuk terus mendapatkan rawatan antibiotik intravena.

“Keadaan beliau adalah stabil dan bertambah baik serta dibenarkan bertugas semasa dalam rawatan,” katanya pada Ahad.

Pada 30 Jun lalu, Muhyiddin dimasukkan ke hospital di ibu negara bagi menerima rawatan dan pemantauan selepas mengalami di4rea.

Menurut kenyataan tersebut, beliau dijangka dibenarkan keluar dari hospital dalam tempoh beberapa hari lagi.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesihatannya. – Sinar Harian

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.