Terlihat warga emas sendirian di RnR, Netizen puji pemuda kerana bantu tumpangkan sampai ke TBS

Jika kita merasa hidup kita sudah berasa susah, sebenarnya ada insan lain yang lebih hebat ujian dalam hidup mereka. Jadi, seharusnya kita lebih bersyukur dan membantu mana yang perlu buat mereka yang betul-betul dalam kesusahan.

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Wan Abdul Hadi apabila memuat naik satu video ketika menceritakan momen dia membantu seorang warga emas berusia  66 tahun untuk menaiki bas.

Video:

Menurutnya,  dia dalam perjalanan balik dari Batu Pahat ke Kuala Lumpur telah berhenti di Perhentian Rawat dan Rehat (RnR) sebelum bertemu dengan pakcik tersebut yang meminta bantuan untuk menghantarnya ke hentian Nilai.

Dia memaklumkan dari Melaka dan ingin pulang ke Alor Setar dengan menaiki bas. Tambahnya, dia datang ke Melaka atas tujuan melihat satu-satunya anak tersayang yang koma kerana mengalami kemalangan jalan raya.

Pakcik tersebut juga menjelaskan yang anak perempuannya itu baru berusia 24 tahun dan sedang melanjutkan pelajaran di Melaka dan baru 4 hari anaknya kemalangan. Isterinya pula telah meninggal dunia kira-kira 18 tahun yang lalu.

Difahamkan, anak perempuan pakcik tersebut telah dilanggar di lampu isyarat berwarna merah dan dalam keadaan koma. Kedua-dua kaki dan tangan gadis tersebut patah, lehernya juga patah serta masih belum sedarkan diri.

Pakcik berkenaan ingin pulang ke Alor Setar kerana mahu menoreh getah untuk beberapa hari bagi mengumpul duit dan datang semula ke Melaka selepas duitnya habis kerana sudah 3 hari berada di negeri tersebut.

Dalam perbualan tersebut, pakcik berkenaan juga akui redha andai nyawa anaknya diambil oleh Allah S.W.T. Disebabkan sedih mendengar cerita warga emas tersebut, Wan Abdul Hadi telah mengambil keputusan untuk menghantar pakcik itu terus ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dan memberikan sedikit wang poket untuknya pulang ke Alor Setar.

Rata-rata warganet akui berasa sebak mendengar perkongsian yang dibuat oleh pengguna TikTok berkenaan. Mereka juga mendoakan agar anak pakcik tersebut segera sembuh dan warga emas serta lelaki yang membantunya dimurahkan rezeki oleh Allah S.W.T.

Komen Netizen:

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: Ohmymedia, Tiktok @wh99z_

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.