P0lis Menahan Empat Pelajar

Baru-baru ini telah tular di media sosial  mengenai video rakaman kes buli secara kekerasan di Maktab Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan, Kuala Kangsar, Perak.

Daripada kejadian itu, p0lis telah menah4n  empat pelajar MRSM itu hari ini berkaitan kes buli tersebut.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata semua pelajar berusia 13 tahun itu ditahan selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Kangsar antara jam 6 petang hingga 7 malam.

“Kita menahan empat pelajar untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Sebelum ini, beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Katanya, polis sudah memanggil semua pelajar yang dikatakan terbabit dalam kejadian buli secara kekerasan seperti rakaman video tular di media sosial termasuk pemilik akaun media sosial yang menularkan video berkenaan bagi membantu siasatan.

Siasatan awal polis mendapati, kejadian buli terbabit berlaku pada antara jam 1 hingga 2 pagi kelmarin (9 Disember) membabitkan mangsa dengan tujuh suspek remaja lain yang semuanya adalah pelajar Tingkatan 1 berusia 13 tahun.

Beliau berkata, pihaknya juga mengesahkan menerima satu laporan berkaitan kes itu daripada pengetua sekolah terbabit kira-kira jam 1 tengah hari tadi berikutan daripada tularnya rakaman video insiden berkenaan sehingga mendapat perhatian meluas warganet.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.