“Yakin itu mummy, dia terus peluk” – anak dapat cam ibunya yang terpisah selama 2 tahun

Hidup berjauhan dengan ahli keluarga bukan suatu perkara yang mudah, apatah lagi ia melibatkan anak yang masih kecil.

Video pertemuan yang penuh syahdu antara seorang kanak-kanak yang terpisah selama dua tahun dengan ibunya tenyata mentuh jiwa.

“Tiga kali ulang tengok, 18 kali menitis air mata,” kata warganet.

Memetik laporan mstar, pemilik video yang juga merupakan ibu saudara kepada kanak-kanak teesebut, Norshafikah,33. Dia berkata video itu dirakam ketika kakaknya, Madmozelyza Rahmat bertemu kembali dengan anaknya di Queena Qairina Ismail Hashim,10 tahun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Norshafikah Rahmat atau mesra dipanggil Sha, yang juga merupakan seorang suprise planner berkata, anak buahnya itu tinggal bersama bapanya di Johor Bahru, manakala ibunya menetap di Singapura.

Menurut Sha, kakaknya telah berpisah dengan bapa Queena, kebiasaannya akan berulang alik dari Johor ke Singapura. Namun, akibat drapida wabak COVID-19 ini dan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan kakaknya itu menetap di Kota Singa selama dua tahun.

“Oleh kerana saya merupakan seorang suprise planner, kakak saya bersepakat dengan saya untuk ‘prank’ anaknya, jadi kami bawa Queena ke Paradigm Mall, masa tengah jalan, dia telah perasan imbasan ibunya.

“Bila dah semakin dekat Queena makin yakin yang itu mummy dia, tanpa ragu-ragu dia terus peluk.

“Lepas tu kami meluangkan masa bersama, lepas itu kakak bawa anak dia balik ke rumah dia di Queen Danga Bay,” Kata Sha, yang menetap di Pasir Gudang, Johor.

Sha yang merupakan anak bongsu daripada enam adik-beradik berkata, dia amat tersentuh melihat kakak dan anak buahnya ketika mereka dipertemukan.

 

“Saya sangat rapat dengan keluar.ga, jadi bila teng0k mereka saya amat tersentuh hati.

“Saya berasa macam orang yang paling happy,” katanya.

Selain itu, Sha turut juga membantu untuk merancang membuat kejutan untuk ibu dan kakaknya itu.

“Orang tua kan, mestilah amat rindu, lagi-lagi bila dah beberapa kali kakak tidak ada ketika hari raya, kakak akan selalu call bertanyakan khabar.

“Ibu sangat terkejut, dia tidak sangka. Ibu ingat hanya keluar makan sahaja tapi tiba-tiba anak dia yang dah dua tahun tidak pulang ada di depan mata. Masa tu pula kakak pakai mask, lagi la mak memang tidak cam pada mulanya.

Menjawab persoalan netizen yang mempersoalkan kenapa kakaknya tidak memilih untuk pulang, Sha berkata kakaknya itu tidak boleh sewenangnya buat keputusan secara mengejut kerana dia mempunyai kontrak kerja dan komitmen yang perlu ditanggung.

“Ramai yang bertanya kenapa tidak balik saja ke tanah air, sudah tentu kakak ingin kembali tapi keputusan itu tidak boleh dibuat dengan tiba-tiba kerana dia mempunyai komitmen, aset yang perlu dibayar. Kalau balik sini masa pandemik, di Malaysia pun ramai yang kehilangan kerja.

“Dugaan untuk setiap orang berbeza, ada yang dapat peluang tinggal dengan ahli keluarga tapi kehilangan kerja.

“Kalau kakak balik sini tapi dia kehilangan kerja, susah la. Dia memang kerja untuk anak, mak dan untuk bayar komitmen yang dia ada,” jelas Sha.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.