‘Menangis tak berlagu apabila melihat keadaan rumah ditinggalkan’ – Lan Solo

Tiada apa yang dapat diungkapkan oleh penyanyi, Lan Solo selepas melihat keadaan rumahnya di Kampung Sri Aman, Puchong yang dilanda banjir baru-baru ini.

Bukan sahaja persekitaran rumahnya kotor, malah habis ke semua peralatan rumah turut musnah.

“Menangis tak berlagu apabila melihat keadaan rumah ditinggalkan. Sebelum kami keluar menyelamatkan diri kerana air makin naik, sempat kami alih barang rumah seperti televisyen (TV) ke tempat lebih tinggi.

“Sekembali ke rumah, masuk sahaja, saya lihat TV sudah terbalik. Tak boleh hendak buat apalah. Barangan lain saya tak sempat periksa kerana bekalan elektrik terputus.

“Mujur hadiah kemenangan seperti trofi Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) yang dimenangi Kristal terselamat,” katanya kepada BH Online.

Mohd Razlan Mohamed Yusoif atau lebih dikenali sebgai Lan Solo, berasa terharu atas keprihatinan banyak pihak terhdap kejadian yang menimpanya itu.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sanggup datang dari jauh. Sama juga kakitangan saya kerana membantu membersihkan kawasan.

“Tidak lupa juga kepada mereka yang sanggup menghantar makanan kepada kami. Maklum sajalah, kalau nak keluar pergi beli makanan ambil masa,” katanya.

Dalam temu bual itu juga, sempat dia menceritakan pada awalnya penyanyi lagu Seragam Hitam itu tidak menyangka banjir besar akan berlaku walaupun kawasanya itu sering kali di naiki air.

“Sebelum ini, kalau air naik, biasanya setakat paras buku lali. Kami sekeluarga sudah biasa dengan keadaan itu, jadi, tidaklah terburu-buru selamatkan diri.

“Tetapi apabila melihat air semakin naik walaupun hujan sudah reda, kami putuskan pindah ke studio saya yang berdekatan.

“Saya bimbang dengan keselamatan anak-anak. Manalah tahu ada binatang berbisa yang muncul dalam keadaan seperti itu. Saya juga ajak kakitangan yang rumah mereka dinaiki air berpindah ke pejabat saya.

“Itulah saja yang mampu saya lakukan kerana keadaan semakin membimbangkan. Saya tidak mahu perkara tidak diingini berlaku,” katanya.

Selain itu juga,  atas dasar prihati serta memahami penderitaan yang dilalui mangsa-mangsa banjir, bekas peserta GV (Gegar Vaganza ) musim ke empat mengambil inisiatif untuk mengagihkan bantuan barangan keperluan kepada mangsa banjir.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LAN SOLO • KRISTALx (@lansolo_official)


Lan juga turut membuat pengumuman melalui akaun instagram. Melalui video yang dikongsikan itu, Lan memberi tahu bahawa mangsa-mangsa banjir boleh mendapatkan bantuan di kediamannya di Kampung Sri Aman, Puchong.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: BH & Instagram Lan Solo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.