Jiran-jiran bantu wanita bersalin dalam banjir, redah air paras leher untuk menyelamatkab bayi

Kejadian banjir yang berlaku di beberapa buah negeri di semenanjung Malaysia amat berikan kesan kepada rakyat khususnya mangsa-mangsa banjir di Selangor.

Mana tidaknya, keadaan mereka yang terputus bekalan makanan dan ada juga yang masih terperangkap di dalam banjir membuatkan warga-net yang melihat berasa sedih lebih-lebih lagi video yang tular di media sosial.

Video:

Antaranya ialah daripada perkongsian di Tiktok yang di kenali sebagai @tutynooramalina apabila memuat naik video keadaan mereka yang mencuba untuk menyelamatkan seorang wanita yang ingin bersalin dalam rumahnya yang telah ditenggalami air.

Jiran-jirang tertangga yang berada di sekitar wanita tersebut segera memanjat tembok dan meredah banjir yang separas leher untuk menghulurkan bantuan.

Alhamdulillah, syukur apabila wanita tersebut selamat melahirkan bayi walaupun dalam keadaan sangat tidak selesa.

Menjengah di ruangan komen, perkongsian itu juga telah menarik perhatian orang ramai kerana turut berasa simpati dengan situasi yang di alami oleh wanita tersebut. Bersalin di rumah dalam keadaan air banjir di paras yang bahaya, merupakan satu perkara yang sukar lebih-lebih lagi tanpa sebarang persedian dan kelengkapan yang cukup.

Komen Netizen:

 

Sumber: Tiktok @tutynooramalina

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: Ohmymedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.