Sebelum ini PU Azman atau lebih selesa menggelarkan dirinya Cik Man pernah berkongsikan satu video babak lakonannya di sosial media dan telah meraih perhatian ramai. Dalam video tersebut kelihatan Cik Man melakonkan watak sebagai seorang anak derh4ka kepada ibunya.
Kedengaran Cik Man menengki1ng ibunya biarpun penampilannya yang masih memakai kopiah di kepala. Bagaimanapun, baru-baru ini Cik Man memuat naik satu lagi video babak lakonannya itu. Kali ini lakonannya itu masih menengk1ing ibunya dan ayat yang terpacul dari mulut Cik Man memang kasar dan deep habis!
View this post on Instagram
Disebabkan perkongsian tersebut, lakonan PU Azman jadi bualan ramai lagi. Berikut adalah perkongsian rakaman tersebut yang dikongsikannya menerusi laman Instagram:
Di ruangan kapsyen, Cik Man menulis ayat yang terkeluar dari mulutnya itu tiada dalam skrip. Malah ia terkeluar disebabkan dia yang terlalu menghayati watak. Apa-apa pun lakonan PU Azman ini memang hebat dan menjadi. Malah rakaman ini sudah meraih lebih setengah juta tontonan.
View this post on Instagram
Rata-rata warganet memuji lakonannya itu dan meninggalkan reaksi mereka tersebut di ruangan komen seperti berikut:
“Che Man ni dah melampau tauuu”

“Lakonan Cik Man sentiasa terbaik. Semoga Cik Man dipermudahkan urusan selalu aminnn”

“Cik Man jangan kurang ajar dengan mak. Ingat Allah bayar cash dunia akhirat!”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia
Sumber :HCL
Leave a Reply