PM Akhirnya Umum Semua PKP di seluruh negara

Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan C0V1.D-19.

Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula 12 Mei ini sehingga 7 Jun depan.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan C0V1.D-19 hari ini.

Terdahulu PM pernah beritahu tidak bercadang untuk buat PKP di semua negara. Tapi nampaknya keadaan semakin membimbangkan

Kerajaan tidak bercadang laksana PKP menyeluruh – Muhyiddin

Melalui laporan bulan lepas, Kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan satu lagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyeluruh, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, PKP hanya dilaksanakan di lokasi tertentu yang menjadi kawasan dengan peningkatan mendadak k3s penularan p4ndemik.

“PKP bersasar hanya untuk memastikan penularan C0V1.D-19 dapat dikawal, gangguan perniagaan dapat diminimumkan dan kemampanan ekonomi dapat dicapai,” katanya berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Pihak Industri di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Timbalannya, Datuk Lim Ban Hong.

Muhyiddin berkata, beliau memberi jaminan kerajaan akan menerapkan langkah sesuai untuk mencapai keseimbangan antara melindungi nyawa dan kehidupan rakyat yang terjejas dengan C0V1.D-19.

Katanya, kerajaan akan melakukan apa yang perlu untuk menghidupkan semula ekonomi dan mengembalikan pekerjaan kepada rakyat.

“Seperti yang dikatakan, saya harus mengakui dan menghargai peranan penting diambil sektor swasta dalam memerangi wab4k ini terutama ketika PKP,” katanya.

Menuju ke hadapan, Perdana Menteri berharap komuniti perniagaan termasuk individu akan terus melaksanakan peranan penting dalam mengurus dan membendung wab4k kerana ia adalah tanggungjawab bersama.

“Justeru, saya sekali lagi menekankan peranan industri adalah penting untuk mencapai matlamat bersama bagi melindungi ny4wa dan kehidupan,” katanya.

Kredit : Sinar

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber:  http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.