Baru Je Kahwin, Alicia Amin Bercadang Mahu Ikat Peran4kan?

Tak sampai sebulan berkahwin, model sensasi, Alicia Amin telah membuat pendedahan berani di IG Storiesnya. Manakan tidak, wanita berusia 26 tahun ini memberitahu dia akan mengikat peranakan atau tubal t1ied. Biar betul? Tapi bukanlah bermaksud dia tidak mahu anak, tetapi dia akan mengikat peranakan jika dapat melahirkan anak kembar.

Kenyataan itu dibuat selepas salah seorang peminatnya di instagram bertanya, apa yang akan berlaku jika dia hamil anak kembar, ini jawapannya;

“Jika saya hami1l dengan anak kembar saya akan melahirkannya, tutup kedai dan ikat peranakan  (elak kehami1lan)  dan dapatkan hak istimewa yang luar biasa untuk menerima dua anak dalam satu kehami1lan. Dan tidak akan mempunyai anak lagi.”- tulisnya

Tak pasti samaada kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas peserta Asia’s Next Top Mode itu sekadar jenaka ataupun serius.

Menurut laman Hellodoktor, ikat peranakan atau istilah perubatannya tubal ligation – juga dikenali sebagai tubal tied dan tubal sterilization – merupakan sejenis kawalan kelahiran kekal. Semasa prosedur ini dijalankan, tiub fallopio akan dipotong, diikat atau disekat untuk mencegah kehamilan secara kekal.

Alicia berkahwin pada 14 Februari 2021 dengan pilihan hatinya yang merupakan seorang doktor dikenali sebagai Farzan, di Masjid Saidina Umar Al-Khattab.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alicia Amin (@hangriii)

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber :murai.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.