View this post on Instagram
Menerusi video pendek yang dikongsikan Fazura, atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, bersama anaknya itu, ramai yang memuji kecomelan Fatima. Dalam pada itu, tak kurang juga yang katakan wajah anak sulungnya itu mempunyai iras seperti Fattah. Mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.
Ruangan komen hantaran tersebut dibanjiri lebih dua ribu komen dengan pujian kecantikan kedua-dua beranak itu. Walaupun wajah kelihatan seperti ayahnya, ada wargamaya yang mengatakan Fatima memiliki mata ibunya.

“Fattah Amin versi kecil. Mata je ikut ibunya,” tulis salah seorang wargamaya di ruangan komen
Memang tak dinafikan kecomelan anak sulung pasangan selebriti itu sehingga mendapat pujian tanpa henti dari wargamaya. Sehinggakan Puan Sri Tiara Jacquelina turut menitipkan komen “Saya sayangkan kamu berdua!”.

Apa-apa pun, memang dah lumrah untuk anaknya mempunyai iras wajah ibu dan ayahnya, dan semoga Fatima membesar dengan sihat.
Sumber: instgram @missfazura
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia
Sumber: Berita @jalan kami
Leave a Reply