[VIDEO] Menteri Agama juga disiiasat hadir majlis nikah Neelofa tak patuh SOP, tiada pilih kasih – Polis

MENTERI (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri tidak terkecuali daripada dipanggil memberi keterangan berhubung si1asatan pel4nggaran prosedur operasi standard (SOP) majlis pernikahan selebriti Neelofa dan pendakwah bebas, Haris Ismail.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, Zulkifli merupakan antara individu terawal tampil membantu polis berhubung isu berkenaan.

“Kita sudah ambil keterangan YB (Yang Berhormat) berkenaan, dia juga hadir sebagai tetamu jemputan.

“Keterangan beliu lebih awal diambil berbanding yang lain kerana kita juga nak pastikan apa yang ditularkan itu betul atau tidak.

Kelihatan Dr Zulkifli semasa majlis pernikahan Neelofa dan PU Riz.

“Maklumat yang diperolehi sedikit sebanyak dapat membantu kita meneliti lebih dalam mengenai apa sebenarnya yang berlaku pada hari berkenaan,” katanya dalam pertemuan eksklusif bersama mStar pada Selasa.

Difahamkan Zulkifli dijemput ke majlis berkenaan bagi memberikan khutbah nikah dan tazkirah ringkas.

Pada Isnin, Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 32, dan suaminya Haris atau Pencetus Ummah (PU) Riz, 26, tampil memberi keterangan berhubung si1asatan kes pel4nggaran SOP majlis pernikahannya 27 Mac lalu.

Antara foto yang menimbulkan pertikaian netizen berhubung perl4nggaran SOP.

Bagaimanapun menurut polis, pihaknya perlu mendapatkan keterangan beberapa lagi ahli keluarga mereka sebelum tindakan lanjut dapat diambil.

Terdahulu, polis membuka kertas si1asatan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyak1it Berjangkit 1988 (Akta 342) selepas timbul kekecohan bahawa majlis pernikahan mereka gagal mematuhi SOP dan tiada penjarakan fizikal.

Mengulas kebimbangan ramai berhubung wujud isu pilih kasih atau ‘double standard’ terhadap s1iasatan kes ini kerana ia melibatkan golongan selebriti dan VIP, Mohamad Zainal bagaimanapun menafikannya.

SOP pihak polis adalah sama di mana-mana pun, jika tular kita perlu s1iasat… tak kira majlis VIP atau orang biasa.

ACP MOHAMAD ZAINAL ABDULLAH

KETUA POLIS DAERAH DANG WANGI

VIDEO :

Jelas Mohamad Zainal, tiada sebab untuk pihaknya melindungi pihak terbabit jika mereka didapati bersalah.

“Tiada apa-apa kepentingan untuk kita lindung, tindakan akan diambil. Malah kalau kita keluarkan kompaun pun, mereka mampu nak bayar.

“Jadi tiada sebab untuk kita tak mahu ambil tindakan,” katanya.

Wartawan mStar (kiri) mendengar penjelasan daripada ACP Mohamad Zainal.

Ujar Mohamad Zainal lagi, si1asatan bagi kes yang ditularkan sememangnya memerlukan sedikit masa untuk s1iasatan berbanding jika pihak berkuasa berada di lokasi pada hari kejadian.

“Kalau masa itu (majlis berlangsung) aduan dibuat, saya percaya pada masa itu juga kompaun akan dikeluarkan.

“SOP pihak polis adalah sama di mana-mana pun, jika tular kita perlu si1asat… tak kira majlis VIP atau orang biasa,” katanya.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber :Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.