“Bagai langit Dan Bumi..” Miera Leyana selamat bernikah…

Diam tak diam, aktres jelita, Miera Leyana, 27, telah selamat bernikah dengan jejaka pilihan hati.

Siapa si jejaka bertuah yang berjaya mengetuk pintu hatinya? Apa yang pasti, bukan lagi aktor menjadi pilihan aktres yang pernah diangkat Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem, Anugerah Skrin pada 2013 menerusi filem Pecah itu.

Seperti diketahui ramai, hubungan cintanya dengan dua aktor popular pernah terlerai di tengah jalan.

Hari ini, Miera tidak mampu menyorok rahsia hati. Rakan baik yang juga usahawan berusia 40-an akhirnya berjaya menakluki hatinya.

Kini tiada dah ke”rahsia”an identiti, mereka berdua telah selamat disatukan sebagai suami isteri sah di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, hari ini dan disusuli majlis resepsi pada bulan depan.

 

Bertahun-tahun spekulasi hubungan cinta dengan ‘lelaki hartawan’ menjadi bualan, namun tiada jawapan pasti. Selama ini, Miera enggan berkongsi cerita, hingga saat akhir, masih merahsiakan gerangan si pematah hatinya.

Secara jujur, Miera mengakui:

“Saya langsung tidak terlintas mahu merahsiakan hari bahagia. Sebaliknya, saya berharap segala perancangan menjadi kenyataan. Saya hanya bersedia berkongsi kegembiraan selepas majlis pernikahan.

“Saya sendiri seperti tidak percaya, si dia yang rapat sebagai rakan, akhirnya bakal menjadi pasangan hidup. Mungkin inilah dinamakan jodoh.

“Bukan sehari dua, si dia sabar dan setia menanti. Pejam celik sudah lebih empat tahun kami berkawan. Saya amat terharu dengan keikhlasannya.”

Berkongsi kisah pertemuan dengan  suami, Miera berkata mereka bertentang mata ketika menghadiri sebuah majlis pelancaran, empat tahun lalu.

“Selama ini, kami hanya berkawan baik, tiada terbit perasaan cinta di hati. Bagaimanapun, saya terkejut, dia tiba-tiba ajak berkahwin, Mei lalu.

“Dia bertemu keluarga memberitahu mahu melamar saya sebagai isteri. Keluarga tiada halangan, malah merestui hubungan kami.

“Persiapan majlis pernikahan dilakukan dalam tempoh tidak sampai sebulan. Kami bernikah dulu, manakala majlis resepsi akan diadakan bulan depan,”

Miera berkata, dia percaya perasaan cinta akan hadir selepas berkahwin, lagi pun mereka sudah saling mengenali selama empat tahun.

“Saya menerima lamaran kerana melihat keikhlasannya berkawan sejak dulu lagi. Karakter kami bagai bumi dan langit, tetapi dia seorang yang matang dan sentiasa memahami saya.

“Saya g1ila-1gila, dia pula agak pemalu dan tidak biasa dengan dunia selebriti. Disebabkan itulah, saya masih merahsiakan siapa gerangan bakal suami. Tunggulah esok pada hari pernikahan kami.

“Saya selalu katakan, saya perlukan seseorang yang memahami diri ini. Dari situ, saya perlahan-lahan berubah, tidak nakal lagi dan menjadi insan lebih baik. Saya percaya bakal suami mampu mengubah saya,” katanya.

Menurut Miera juga, dia tidak dapat mengundang ramai tetamu termasuk media massa pada majlis pernikahan kerana perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Saya minta maaf tidak dapat mengundang ramai kenalan dan media massa untuk majlis pernikahan. Tetamu tidak boleh melebihi 250 orang. Jadi, majlis ini hanya membabitkan ahli keluarga terdekat kedua-dua pihak saja.

“Insya-Allah, kami akan mengundang pada majlis resepsi yang akan diadakan di sebuah hotel, bulan depan,” katanya.

Miera dan Rosland dinikahkan oleh bapa Miera, Datuk Seri Kasmi Arsat. Pada majlis tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga dan sahabat terdekat, pelakon drama Memori Cinta Suraya itu menerima mas kahwin berjumlah RM100.

Mengangkat tema klasik dan moden, Miera kelihatan anggun dengan busana putih perak di sisi suami yang turut mengenakan persalinan rona sama, rekaan pereka fesyen, Rizman Ruzaini, manakala pelamin, dekorasi dan perunding perkahwinan oleh The Calla.

Miera berkata, dia dan suami bersyukur pada Allah SWT akhirnya disatukan sebagai suami isteri yang sah.

MIn di sini mendoakan semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.. Selamat Pengantin Baru Miera & Suami..

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.