“Janganlah Si4sat Saya Dan…” Awal Ashaari Buka Mulut Isu Majlis Nikah Neelofa Langg4r SOP

Kuala Lumpur: Pelakon dan pengacara, Awal Ashaari berharap supaya dia dan isterinya, Scha Alyahya tidak dis1iasat selepas berita mengenai siasatan terhadap majlis perkahwinan Neelofa dan PU Riz yang dikatakan tidak patuh prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mula diperkatakan.

Awal menerusi Instagram berkongsi harapan itu yang turut disertakan dengan alasan bahawa dia dan Scha hanya membuka pelitup muka ketika makan dan bergambar.

“Jangan si1asat saya dan bunga saya (Scha). Kami pakai pelitup muka sepanjang masa kecuali ketika nak ambil gambar dan makan. Kami tak ada langsir seperti pengantin,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, pengacara Melodi itu turut mengucapkan ucapan selamat pengantin baru buat Neelofa dan PU Riz.

“Dalam jutaan bunga di belakang itu, dua kuntum bunga yang paling cantik, paling wangi dan paling berseri-seri. Satu bunga saya dah petik, satu lagi disunting Haris. Lelaki lain bolehlah ambil bau bunga bunga lain yang masih banyak tu. Selamat pengantin baru Neelofa dan Haris,” tulisnya.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa gambar sepanjang majlis perkahwinan pelakon dan pengacara itu yang menimbulkan rasa mar4h netizen kerana didakwa tidak mengikut SOP yang ditetapkan MKN.

Akhirnya terbongkar kenapa Neelofa pergi ke Langkawi bersama Suaminya

Chatime Malaysia tampil memberikan kenyataan berhubung kekeliruan dan kontroversi melibatkan pasangan selebriti Neelofa dan suami, PU Haris.

Ia berikutan isu Neelofa dan suami, Haris Ismail atau PU Riz yang didakwa sedang berbulan madu di Pulau Langkawi dan dikatakan telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) kerana merentas negeri untuk tujuan tersebut.

Menerusi sebuah hantaran di laman sosial rasmi Instagram (IG) Chatime Malaysia malam tadi, syarikat minuman itu telah menjelaskan sebab keberadaan Neelofa di pusat peranginan terkenal itu.

Menurut kenyataan yang dimuat naik, Neelofa dalam rangka lawatan kerja untuk tujuan pembukaan cawangan-cawangan baru Chatime di Zon Utara iaitu Langkawi dan Sungai Petani, Kedah serta Kangar, Perlis.

“Kenyataan rasmi berkenaan lawatan kerja melibatkan Neelofa untuk tujuan pembukaan cawangan-cawangan baru Chatime di Zon Utara (Langkawi & Sungai Petani (Kedah), Kangar (Perlis). Terima kasih,” kata kenyataan tersebut.

Kenyataan tersebut turut menyatakan lawatan tersebut melibatkan beberapa kakitangan dari Bahagian Operasi dan Pengurusan Chatime Malaysia.

Kebenaran merentas negeri ke Langkawi juga telah diperolehi dari balai polis berdekatan mengikut SOP yang telah ditetapkan.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.