“Dek Kerana Backvp Artis Kayangan, Habis Bisnes Dib0ik0t..”- Keny4taan Rasmi Dip4dam?

Semalam, posting mengenai kenyataan rasmi lawatan kerja pengantin baru Noor Neelofa dan Haris Ismail ke Langkawi telah dimuat naik oleh Chatime Malaysia. Namun, spekulasi baru timbul apabila posting berkenaan telah dipadam di akaun Twitter dan Facebook Chatime Malaysia. Isi kenyataan rasmi tersebut mengatakan Neelofa dan Haris ke Langkawi atas pembukaan baru cawangan Chatime di tiga lokasi zon utara iaitu Sungai Petani dan Langkawi (Kedah), serta Kangar (Perlis).

Sias4tan netizen mengenai pembukaan cawangan Chatime di negeri tersebut sebenarnya tak tertera di laman web Chatime Malaysia. Hal ini telah membuatkan netizen menjadi lebih beremosi dan melu4hkan rasa tidak puas hati terhadap Chatime Malaysia. Imej perusahaan air terkemuka itu turut terjejas akibat isu ini terutamanya apabila Chatime dikatakan berkompromi dengan Neelofa dan Haris. Betul ke?

Laman web facebook Chatime Malaysia dibanjiri komen-komen wargamaya yang ber4ng dengan tindakan Chatime Malaysia kerana menyokong pengantin baru ini.

Isu ini menjadi lebih serius apabila wargamaya berkomplot untuk memboikot air pasaran kini, Chatime Malaysia. Mereka turut meluahkan rasa bahawa pihak Chatime Malaysia tidak profesional dalam menangani isu yang sedang hangat diperkatakan di media sosial ini.

Setakat ini masih belum ada kenyataan rasmi daripada pihak Chatime Malaysia mahupun Neelofa. Isu hangat ini membuatkan netizen keliru mengenai status yang sebenar sama ada betul ataupun ada percanggahan maklumat. Apa-apa pun, kita nantikan susulan isu ini daripada pihak Neelofa sendiri.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber:fm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.