UPSR Dimansuhkan, Suhaimi Saad Bangga Dapat Buktikan Sijil Pelajaran Tak Penting

Sebut saja nama penyanyi Suhaimi Saad pasti ramai tahu bahawa bekas anggota kumpulan nasyid In Team itu pernah mencetuskan kontroversi kerana pendirian anti vaksin dan pernah membuang ubat hospital.

Malah, Suhaimi juga mempunyai alasan tersendiri sebab mengapa dia memilih untuk tidak menghantar anak ke sekolah.

Baru-baru ini, Suhaimi dilihat ada memuat naik perkongsian mengatakan bahawa keputusannya untuk tidak menghantar anak-anak ke sekolah adalah langkah yang tepat. Ia berikutan apabila kerajaan mengumumkan untuk memansuhkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Suhaimi berkata, tindakan kerajaan itu sekaligus membuktikan manusia tidak seharusnya berhantung harap kepada sijil pelajaran semata-mata tetapi percaya pada rezeki Tuhan.

Katanya lagi, kejayaan seseorang itu bukan hanya boleh diperoleh dengan satu bidang sahaja tetapi banyak lagi cabang lain.

“Sekarang makan la sijil UPSR dan PT3 ampa tu. Bukalah minda. hidup mat! kita kena bergantungharap pada Tuhan. Bukan makhluk. Jangan rasa hidup boleh berjaya dengan satu cara saja, cara yang paling betul adalah cara yang Allah dan nabi tunjukkan. La ilaha illAllah,” tulisnya.

Ramai yang menyokong kenyataan Suhaimi Saad di ruangan komen

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber : Rotikaya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.