Siti Sarah Ded4h Duit Hantaran Shuib RM15,000 Rupanya Hutang

Hampir 10 tahun mendirikan rumah tangga, baru-baru ini penyanyi Siti Sarah mended4hkan rahsia di sebalik perkahwinan mereka.

Sarah berkata duit hantaran bernilai RM15,000 yang diberikan suaminya, Shuib Sepahtu sebenarnya adalah hutang namun selepas berjaya mengumpul wang tersebut bapanya meminta Shuib menyimpan untuk anak-anak.

“Sarah teringat masa kahwin dengan Shuib dulu, hantaran ketika itu adalah RM15,000. Tapi Sarah nak beritahu satu rahsia iaitu RM15,000 adalah hutang. Tak t1pu sebab Shuib tak mampu nak bayar waktu itu.

“Shuib hutang dengan abah Sarah tau. Sarah tahu Shuib bersusah payah nak bina kerjaya tapi apa yang Sarah beli masa itu adalah akhlak, kerajinan dan tanggungjawab. Dia tak pernah lupa tanggungjawab dengan Sarah dan keluarga.

“Alhamdulillah lepas kahwin, rezeki makin banyak. Shuib dapat duit kemenangan Maharaja Lawak dan nak bayar balik duit abah. Apabila sudah ada duit untuk bayar abah kata jangan jadi bod0h. Simpan duit itu untuk anak nanti,” katanya.

Sarah mendedahkan perkara itu selepas tular komen seorang wanita di Facebook yang mengatakan golongan lelaki boleh melupakan hasrat untuk berkahwin sekiranya tidak mampu menyediakan hantaran RM20,000.

Tidak setuju dengan pendapat wanita tersebut, Sarah berkata kebahagiaan tidak boleh diukur dengan wang ringgit namun peribadi seseorang.

“Sebagai wanita kena tengok lelaki itu jenis macam mana, baran ke, kedekut ke, berkira ke. Kalau awal-awal kenal dah ajak kita keluar walaupun ibu bapa tak izinkan dan ajar kita untuk t1pu keluarga, tak mustahil dia akan t1pu kita.

“Mungkin adik ini rasa bahagia dengan RM20,000, tapi bagi orang lain nilai kebahagiaan bukan daripada wang ringgit semata-mata. Moga adik-adik yang nak kahwin janganlah menekan sangat nak menunjuk kahwin siapa lagi gempak sebab kehidupan yang sebenarnya adalah selepas kenduri. Jangan buat pinjaman yang akhirnya ters1ksa,” katanya

Sarah dan Shuib mendirikan rumah tangga pada Februari 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata serta bakal menimang anak keempat tidak lama lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber : https://www.rotikaya.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.