Yatt Hamzah Terp4ksa Dikejarkan Ke H0spital Lebih Awal Untuk BersaIin Kerana Air Ketvban Tiba-Tiba Berkurangan

Pelakon Yatt Hamzah memaklumkan dirinya terpaksa dikejarkan ke hospital kerana air ketuban berkurang secara tiba-tiba.

Dia pada masa sama turut menjelaskan terpaksa bersalin awal demi keselamatan bayi dalam perut. Yatt sepatutnya melahirkan anak kelima pada 23 Julai depan.

“Bismillahirrahmanirrahim. Dengan rendah hati di pagi JUMAAT yg MULIA ini, saya mohon selitkan doa buat saya dalam Tahajjud dan Munajat kalian.

“Bonda ini yg sepatutnya bersalin pada 23 July 2021 terpaksa dikejarkan ke Hospital lebih awal utk bersalin awal kerana air ketuban tiba2 berkurangan. Pagi ini terpaksa masuk induction,” tulisnya.

Sementara itu, Yatt turut memohon kepadaNya semoga urusan dipermudahkan hari ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BONDA of 6, 5 here 1 in HEAVEN (@yatthamzah_suci)

“YA ALLAH, PERMUDAHKANLAH URUSAN KU MELAHIRKAN KALI INI.. SELAMATKANLAH AKU DAN ANAK KU DAN JADIKANLAH ANAK YG BAKAL LAHIR INI MENJADI HAMBAMU YG SIHAT DAN SEMPURNA TUBUH BADANNYA LAGI SOLEH SOLEHAH. AMEEN YA ALLAH.

“Saya mohon maaf kepada semua jika pernah menyakiti sesiapa sahaja sama ada secara sengaja atau tidak. Mohon doakan Bonda ini dan Anakanda ya,” tulisnya lagi.

Yatt mendirikan rumah tangga dengan juruvideo, Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Suci Humaira Iqima, 5, Suci Hafya Medina, 3, dan Suci Hawa Zulaikha.

Yatt juga turut mempunyai seorang lagi anak, Suci Hanania Malika, hasil perkahwinan sebelum ini dengan Abdul Mutalib Shukor.

Terdahulu pada September tahun lalu, Yatt pernah berkongsi berita sedih apabila dia mengalami kegvguran.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber : MediaHiburan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.