Shuib muncul sebagai cameo di live Sepahtu Reunion Live 2021, peminat bagi tepukan gemuruh

Umum sedia maklum bahawa Shuib yang merupakan anggota kumpulan lawak popular Sepahtu pernah mengumumkan pengundurannya dari program Sepahtu Reunion Live 2020 kerana mahu memberikan fokus kepada rangkaian perniagaan BubbleBee terlebih dahulu.

Setelah hampir dua tahun ‘hil4ng’ dari pentas lawak, kemunculan Shuib pada episod akhir Sepahtu Reunion Live 2021 malam tadi benar-benar mengej.utkan penonton malah ahli kumpulan Sepahtu sendiri .

Ini dapat dilihat sebaik sahaja Shuib melangkah masuk ke dalam set, seluruh studio bergema dengan sorakan.

Para penonton secara sp0ntan memberikan standing ovation kepada pelawak itu bagi menunjukkan keterujaan mereka dengan kemunculan Shuib walaupun sekadar cameo.

Malah anggota Sepahtu sendiri seperti PakYa dilihat mengesat airmata saat melihat Shuib.

Memanfaatkan kemunculannya sebagai cameo, Shuib yang dikenali dengan “punch line” nya mencuit hati penonton dengan bertanyakan soalan kepada Jep apakah perbezaan diantara kasut dan Sepahtu.

Jep yang “masih keliru” dengan soalan spontan rakannya itu lantas meminta Shuib menjelaskan perbezaan nya.

‘Kasut adalah ini (sambil memegang kasut), Sepahtu itu adalah kita (sambil menunjuk semua ahli kumpulan Sepahtu).

Sekali lagi seluruh dewan bergema dengan tepukan dan sorakan dari para penonton.

Bukan sahaja di studio, malah Instagram Shuib turut dibanjiri k0men-k0men positif dari peminatnya.

Namun menurut Jep mewakili  rakan Sepahtu lain yang ditemui setelah selesai penggambaran memberitahu, dia tidak pasti samada Shuib akan kembali bersama Sepahtu atau kemunculan Shuib sebentar tadi memang benar-benar sekadar cameo.

Ulas Jep lagi, walaupun dia dan ahli Sepahtu yang lain merindui kehadiran Shuib namun mereka tidak akan memaksa memandangkan dalam situasi kini, Shuib lebih diperlukan oleh anak-anaknya.

Shuib kehilagan isterinya ,penyayi Siti Sarah pada 9 Ogos lalu kerana Covid19 mempunya empat cahayamata hasil perk0ngsian hidup bersama.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: Dah Tau Ker dan Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.