Pemandu treler mengaku tidak bersalah…

Seorang pemandu treler dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam di sini hari ini atas 10 pertuduhan memandu secara merbahaya sehingga menyebabkan 10 individv, termasuk semasvk sekeluarga maut dalam tragedi sabtv lalu.

Memetik daripada laporan BH, tertuduh yang bernama Mohd Rafi Jaafar, 37 bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan ke atasnya dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Nur Faizah Abdul Sani.

Tertuduh yang memandu treler jenis hanvan didakwa memandu kenderaan secara merbahaya kepada orang awam dan menyebabkan kematian sembilan penumpang sebuah kereta dengan nomb0r pendaftaran WNL 1061 dan seorang pemandu kereta dengan n0mbor pendaftaran MAS 6651.

Penumpang kereta WNL 1061 ialah Norul Naziah Buyong, 37, dan lapan beradik, Mohd Raid Fathi Abdul Razak, 10 bulan; Puteri Nur Ain Shalwana, 3; Mohd Hidayat Hakimie, 7; Mohd Rokaizat Rezky, 9; Mohd Aizat Syazwan, 10; Puteri Hidayah, 12, Razatul Aliah, 16 dan Mohd Razarul Amin, 17, manakala pemandu kereta MAS 6651 ialah Muhammad Rahimi Rolex, 27.

Selain itu, Mohd Rafi didakwa melakukan semua kesalahan itu di Kilometer 8.3 Lebuhraya ELITE dari arah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menghala ke arah Shah Alam, kira-kira pada jam 12.02 malam, 18 Disember lalu.

Pihak Pendakwaan yang diketuai Pengarah Pendakwaan Selangor, Mohammad Al-Saifi Hashim dan Mohd Asnawi Abu Hanipah serta Saidah Fasihah Che Yussoff, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pihak pendakwaan menawarkan jaminan RM5000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan lesen memandu ditahan dan tertuduh tidak dibenarkan mengganggu saksi, namuh Mohd Rafi merayu jaminan itu dikurangkan atas alasan isterinya tidak bekerja dan kini menjaga seorang anak yang sakit di hospital Melaka.

Selepas itu, mahkamah kemudian membenarkan ikat jamin RM1,000 bagi setiap pertuduhan bersama syarat tambahan lesen memandu digantung serta merta, selain memerintahkan tertuduh melapor diri di balai polis berdekatan kediamannya pada minggu pertama setiap bulan serta tidak dibenarkan mengganggu mana-mana saksi.

Kes ditetapkan untuk sebutan pada 27 Januari 2022.

Tertuduh sebelum ini direman empat hari bagi membantu siasatan kemalangan membabitkan treler dipandunya dan tiga kereta hingga menyebabkan 10 mangsa maut, Sabtu lalu.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: BH

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.