Sembilan mayat mangsa banjir telah dijumpai di Shah Alam

Setakat ini dipercayai sembilan mayat mangsa banjir ditemukan di sekitar Shah Alam dipercayai korban mangsa banjir yang melanda daerah itu Jumaat lepas ekoran hujan lebat yang berterusan.

Menurut laporan Awani, Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib berkata, dua mayat yang dijumpai pada Ahad, Manakala Tujuh lagi dijumpai lagi semalam.

Tambah beliau, semua mayat terdiri daripada tiga wanita dan enam lelaki.

Menurutnya lagi, dua mayat lelaki dijumpai masing-masing di lampu isyarat Kemuning Utama, Seksyen 33 dan satu lagi di kawasan di Jalan Utama masuk ke Alam Idaman, Seksyen 22 pada Ahad lepas.

Semalam, dua mayat lelaki yang dijumpai berhampiran Subtek bencana Seksyen 25, satu di Pekan Sri Muda dan satu lagi di bawah Lebuhraya Elite berhadapan MSU Seksyen 13.

“Tiga lagi mayat wanita dijumpai semalam dengan dua daripadanya di kawasan teres Seksyen 25 dab satu lagi di Perairan Budiman,” katanya dalam kenytaan hari ini.

ACP Baharudin juga menasihatkan orang ramai supaya sentiasa menjaga keselamatan diri dan keluarga selain bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan akibat daripada banjir

Selain itu, ACP Baharudin juga meminta kerjasama semua pihak untuk menyalurkan bantuan dan sebarang maklumat berkaitan banjir atau penemuan mayat mangsa banjir ke bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di talian 03-55202000 atau 03-55202022 untuk tindakan lanjut.

 

Sumber: Bernama

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: Awani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.