“Lain la kalau saya ada suami anak untuk dijaga”, Sibuk dengan kerjaya, Uqasha enggan fikir tentang jodoh

Meski adiknya sudah berumah tangga pada April yang lalu, namun Uqasha Senrose masih lagi sedang fokus pada kerjayanya yang semakin mencanak naik.

Ketika ditemui melalui Gempak, Uqasha dedahkan bahawa jadualnya tahun depan sangat sibuk dan padat. Malah, dia turut akui bahawa selesa dengan cara itu.

“Saya sibuk sekarang untuk penggambaran Drama Vaganza dengan pelakon Nafiz Muaz yang berjudul Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis.”

 

 

View this post on Instagram

 

Salsa 💃 #pengantinlelakiuntukcikgadis #DramaVaganza #AstroRia #28episode

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2) on

“Terus terang jadual saya tahun ini dan tahun depan sangat sibuk.”

Jelasnya lagi, dia bersyukur kerana rezeki sentiasa ada dan hadir.

“Kalau saya tak berlakon, apa saya nak buat? Lain la kalau ada suami dan anak untuk dijaga.”, ujarnya.

 

 

View this post on Instagram

 

😍

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2) on

Oleh kerana itu, Uqasha akui dia tidak memikirkan tentang jodohnya.

“Saya kini sedang sibuk dan masa saya banyak dihabiskan di set penggambaran. Jika ada jodoh saya dengan sesiapa, Insyaallah ada lah tu.”, katanya lagi.

 

 

View this post on Instagram

 

#akubukanmunafik Top and pants from @poplook ❤️

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2) on

Sumber: Gempak, Instagram Uqasha Senrose

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.