Simple tapi menawan! Pengantin mahu pelamin belon, rakan tunaikan dengan bajet kurang RM500!

Majlis persandingan yang unik tetapi menarik menjadi idaman setiap pengantin. Namun, daripada berhabis beribu ringgit, ada pengantin yang inginkan bajet rendah tapi hasil yang cantik. Ringkas tapi menawan.

Mungkin itulah kata-kata yang sesuai digambarkan apabila rekaan pelamin hasil tangan seorang sahabat menjadi tvlar kerana unik dan lain dari yang lain.

Foto pelamin ringkas yang dihiasi belon biru dan putih itu menjadi viral di media sosial apabila dikongsi di laman Twitter oleh rakan pengantin, Yusra Yusof, 27.

Menurut perancang bandar ini, dia cuma menghabiskan masa selama beberapa jam untuk menghasilkan pelamin tersebut.

Tambahnya lagi, rancangan itu sedah lama ada kerana pengantin inikan pelamin D.I.Y.

“Barang semua dah ada, dia yang sediakan.”

“Kami buat pelamin tu dalam 2 3 orang sahaja. Memang buat last minute sebab orang jual belon tu cadangkan supaya tiup kat tempat majlis.”ujarnya.

Tambahnya lagi, jumlah belon yang digunakan hampir 150 biji dan kos yang dikeluarkan adalah kurang dari RM500.

“Saya rasa gembira, sebab ini kali pertama saya buat dekorasi pelamin.”

“Mula-mula tak yakin, tapi sebab kawan minta, jadi saya buat sehabis baik.”

Dalam majlis tersebut, Suria telah diijabkabulkan dengan pasangannya di sebuah dewan majlis di Pahang.

Sumber: Twitter Yusra_ysf, Sarian Google

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.