Rupanya ada simbolik di sebalik wang hantaran Farah Nabilah RM77,777.77!

Siapa sangka, diam-diam ubu berisi. Setelah tujuh tahun berkenalan, akhirnya pelakon Farah Nabilah telah selamat mendirikan rumah tangga bersama seorang juru terbang, Mohamed Amirul Yunus dengan sekali lafaz di Hotel Royal Chulan, Damansara.

Pasangan ini telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Datuk Saipuddin Ahmad dengan disaksikan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan, Daerah Petaling, Mastori Marsidi.

 

Mendedahkan nilai wang hantaran bernilai RM77,777.77, Amirul berkongsi bahawa ada cerita yang tersendiri di sebalik nombor tersebut.

Menurutnya, nombor tersebut ialah simbolik percintaan mereka selama 7 tahun.

“Saya mengambil angka nombor tersebut kerana ia nombor kegemaran.”

 

 

View this post on Instagram

 

Live Update The Solemnization Ceremony of Mohammed Amirul Yunus & Farah Nabilah Dato’ Saipuddin . Wedding Planner : @rekateemor #rekateemor Wedding Manager : @rekateemor Venue : @royalechulandamansara Host : @fedtriyahya Photographer ( Live Update ) : @wedlocx.co #wedlocx #wedlocxco Photographer : @autumnstoryofficial #autumnstory Videographer : @lhmediatv #lhmediatv Live Streaming : @mahligaicintatv3 #mahligaicintaTV3 Guest Management : @weddie.my Bride’s Dress : @rizalman71 #RIZALMANbrides Bride’s Makeup : @khirkhalid #KHIRsbride Bride’s Hairstylist : @ckayliow #notjustahairstylist Bride’s White Henna : @sheemahenna . #fawaaxamirul

A post shared by Farah Nabilah (@farahnabilahofficial) on

“Tak sangka, angka tujuh itu juga menjadi simbolik perkenalan kami.”, ujar Farah pula selepas akad nikah.

Tambahnya lagi, mereka mengambil masa yang lama kerana memahami tugas dan kerjaya masing-masing.

 

‘Kahwin ini perlu dirancang sebaik mungkin kerana ia melibatkan jangka masa yang panjang antara kita dan pasangan.”

“Rancangan Allah sangat indah dalam mengatur kehidupan kami.”, ujarnya lagi.

Sumber: Instagram Farah Nabilah

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.