“Walaupun kita selalu berbeza pendapat dan selalu berg4duh tapi..”, Dato Aliff titip ucapan istimewa buat Bonda Rozita sempena hari jadinya..

Semalam, bersempena dengan ulang tahun kelahiran ibunya, usahawan Dato Aliff Syukri telah menitipkan ucapan buat ibu kesayangannya itu.

Malah, Aliff Syukri turut berkongsi satu paparan tangkap skrin ucapannya yang dihantar melalui aplikasi Whatsapp.

Menerusi ucapan yang dihantarnya, Dato Aliff mendoakan agar ibunya itu diberi kesihatan yang baik dan turut mendoakan agar keutuhan keluarga mereka berkekalan sampai bila-bila.

Tambahan, menerusi kapsyen yang ditulisnya, Dato Aliff mengatakan bahawa dia tetap menyayangi ibunya itu sehingga ke akhir hayat meskipun mereka selalu berbeza pendapat.

” I love u until jannah @bondarozitaibrahim ❤️.. Walaupun kita selalu berbeza pendapat dan selalu bergaduh tapi saya tetap sayang mak sampai mati I love you mak (Tolong pergi dekat Instagram emak saya dan cakap dekat dia Alif Syukri wish birthday dia🤣)’, tulisnya.

 

 

View this post on Instagram

 

i love u until jannah @bondarozitaibrahim ❤️.. Walaupun kita selalu berbeza pendapat dan selalu bergaduh tapi saya tetap sayang mak sampai mati I love you mak (Tolong pergi dekat Instagram emak saya dan cakap dekat dia Alif Syukri wish birthday dia🤣)

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Melihat di ruangan komen pula, pengikut Dato Aliff memberi reaksi masing-masing dan turut mengucapkan hari jadi buat pengasas Jamu Ratu Malaya itu.

Sumber: Instagram Aliff Syukri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*