Bila Badrul Bicara: Ramai Je Selebriti Yang Tolong Aqish, Tak Perlu Mereka Nak Canang! Yang Penting, Apa Boleh Pihak Berwajib Lakukan?

Perihal Puteri Balqis s4kit dan keadaan hidup mereka berdua (Aqish dan ibunya Nouryl) pernah saya tulis dalam ruangan ini suatu ketika dulu. Temubual saya bersama mereka mengungkai tentang s4kit Aqish dan juga kehidupan Nouryl setelah bergelar ibu tunggal.

Ketika itu hidup mereka ‘ters1ksa’ kerana ada pihak yang tidak bertanggungjawab cuba untuk ‘mempergunakan’ mereka sebagai alat pemasaran untuk melariskan jualan dengan menggunakan kesusahan hidup mereka mengutip derma.

“Abang tolong beritahu mereka jangan lagi kutip derma untuk kami,” itulah permintaan Nouryl ketika itu agar dapat saya sampaikan kepada mereka di luar sana.

Awal dekad baru, cerita Aqish meletup sekali lagi. Kali ini kisahnya dipaparkan dalam sebuah rancangan yang dikhaskan untuk mereka yang kurang bernasib baik. Kisahnya itu pula bersambung ke rancangan bual bicara pagi.

Ikhlas saya katakan, saya terkejut. Mungkin saya sedikit leka sehingga tidak mengikuti perkembangan mereka seketika, tetapi melihat mereka di kaca TV benar-benar membuat saya tersentak. Sebegitu teruk sekali?

Apabila ramai yang menonton dan ramai yang bekongsi cerita di media sosial, maka makin ramailah yang membuat pelbagai andaian, dan tak kurang juga dengan ‘tudvhan’ masing-masing.

Tuduhan yang semakin banyak diperkatakan sekarang adalah pihak artis sendiri tidak membantu Aqish dan keluarganya. Baik pelakon mahupun orang-orang yang pernah bekerjasama dengan Aqish tidak menghulurkan bantuan.

 

View this post on Instagram

 

. “Kena kuat, tapi sometimes terduduk jugak…” . Eksklusif #BilaBadrulBicara bersama Nouryl @thohustler dan Puteri Balqis @rockingbalqis di portal @astrogempak merungkaikan semua persoalan. Kehidupan ibu tunggal? Pengorbanan? Apa penyakit sebenar Balqis? Kehidupan Mereka kini? Semuanya demi meninggalkan kisah 2018 dan membuka lembaran baru untuk 2019. . #family #familyfirst #love #life #living #fighting #mother #daughter

A post shared by badrul hashim (@badrulhashim) on


Malah ramai yang turut menghantar pesanan peribadi (DM) kepada saya di Instagram. Ada yang meminta saya bantu carikan kerja lakonan untuk Aqish, ada yang minta saya uar-uarkan pada pihak pelakon supaya membantu dan beberapa permintaan lagi.

Saya sebenarnya nak betulkan tuduhan yang tidak berasas. Ini bukannya drama petang yang anda tonton. Ini juga bukan cerita rekaan yang perlu dibuat-buat. Ini adalah kisah benar yang berlaku pada seorang pelakon kanak-kanak yang cukup popular. Adakah anda fikir tidak ada sesiapa yang peduli?

Saya hubungi pelakon-pelakon, pengarah-pengarah dan produser-produser yang saya tahu mereka turut menghulurkan bantuan kepada Aqish tetapi seperti yang saya jangkakan, mereka tidak mahu nama mereka disebut dalam artikel saya.

Bantuan yang mereka hulurkan kepada Puteri Balqis adalah peribadi dan tidak mahu disebut-sebut. Sebab itu mereka hulurkan secara diam-diam dan tidak memberitahu semua orang. Diam tidak bermakna mereka tidak melakukan sesuatu.

Ada penyanyi tersohor yang datang sendiri ke rumah Aqish dan mengisi penuh dapur dengan barang-barang keperluan asas. Ribuan ringgit juga dihulurkan untuk kos r4w4tan dan bayaran-bayaran lain.

Ada pengarah tersohor turut memberikan sumbangan tanpa mengira berapa yang dihulurkan. Ada ramai pelakon terkenal tanah air yang turut berbuat perkara yang sama demi membantu Aqish. Kalau saya nak senaraikan memang panjang. Jadi sangat tidak adil untuk berkata pihak artis tidak membantu hanya kerana mereka tidak berkata apa-apa.

Kita semua membantu setakat yang kita mampu. pihak selebriti juga berbuat perkara yang sama. Ramai yang ingin membantu tetapi tidak perlulah hingga menvduh orang lain tidak melakukannya.

Anda juga tak perlu bimbang kerana di sebalik segelintir yang mengambil kesempatan, masih lagi ramai rakyat Malaysia yang prihatin dan sudi menghulurkan bantuan. Jadi jangan berhenti menyumbang untuk sesiapa sahaja.

Persoalan yang mungkin anda semua boleh fikirkan adalah, apa lagi yang kita boleh bantu selain daripada sumbangan kewangan yang pasti tiba masanya akan habis juga? Bagaimana dengan bantuan perubatan dan persekolahan untuk Aqish?

Mungkin pihak berwajib seperti Badan Kebajikan Masyarakat (mengambil satu contoh) boleh menjalankan siasatan yang lebih rapi tentang keadaan Aqish dan seterusnya mampu memberikan bantuan yang sepatutnya dia terima.

Apa yang penting untuk Aqish adalah pulih daripada kes4kitan yang dialami, serta mendapat pendidikan seperti orang lain. Kita tidak sepatutnya hanya memberikan ikan tanpa menyediakan pancing. Wang ringgit esok lusa boleh habis, tetapi kesihatan dan pelajaran mampu memberikan peluang untuk masa hadapannya.

Anda boleh terus membantu Aqish dengan membeli buku puisi hasil tulisan anak gadis yang sangat berbakat ini. Dan selitkan doa anda agar Aqish cepat sembuh daripada peny4kit yang dih1dapinya. Semoga Allah swt mendengar doa-doa kita semua.

Jumpa Lagi!

Bila Badrul Bicara

Kredit Gambar: Astro Gempak

Sumber : Gempak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: Tubeviral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.