Siapa yang suka tidur lepas subuh tolong baca .. dan siapa suka tidur lepas subuh then bangun nak solat dhuha pon tolong baca .. sentap n muhasabah sesame .. takde ruginya..in shaa Allah.. Tidur lepas subuh, bagi pandangan orang soleh..
Sedikit perkongsian. Sebelum ini, aku sempat berjumpa dengan seorang soleh.
Hatinya itu terlekatnya ilmu basyirah yg tinggi iaitu ilmu firasat yg sangat kuat. Jadi sesiapa yg dekat dengannya, hati-hati. Apa yang terlintas di hati dan fikiran, pastikan niatkan perkara yang baik.
Aku perbetulkan niat, adab aku, tingkah laku bila tiap kali berdepan dengan beliau ini.
Diberi peluang, aku terus bertanya.
“ustaz, macam mana nak buat supaya tak tidur lepas subuh?”
Dia menjawabkan,
“tak pernah wujud istilah tidur lepas subuh”.
Ohhh, “jadi ustaz, ape hukum tidur lepas subuh?
“Kau nak aku jawab dalam mazhab kau atau mazhab aku? Dia mengatakan lagi.
Aku bisik dalam hati “ada byk mazhab ke dia ni?”.
Jangan kau nak menyatakan perkara yg kau tak boleh sorokkan dengan aku.
“Astaghfirullah, dia membaca lintasan hati aku…”
“maaf ustaz”.
Aku cakap dekat dia,
“dua dua mazhab lah ustaz”.
Dia kata, kalau dengan cara hidup kau, cara amalan kau, mazhab kau, kau teruskanlah tidur lepas subuh dan jadilah kau seperti an jing ma ti.
Aku nak menangis.
“Tapi kalau dalam mazhab aku, cara aku, amalan yang aku tau, orang yang macam ini dia j4tuh KU FUR!”
Aku senyap.
“kenapa ustaz?”
Dia menjawab, orang yang macam ini S0MBONG dengan Allah. Dia berlagak depan Allah!. Dia menolak pemberian Allah! Bagaimana dia boleh tidur sedangkan Allah itu menurunkan rezekinya, rahmatnya setiap pagi selepas terbit fajar, tapi dia boleh tidur. Umpama mcm kalau kau seorang yang jutawan, bawa duit yang berjuta-juta berjumpa dengan seorang mis kin papa ke dana setiap hari. Tetapi apa yang dilakukan oleh fakir tadi kepada kau? Dia tidur dan tak mempedulikan langsung duit kau sedangkan dia mis kin. Jadi ape yg ada pada fikiran kau? Mesti kau akan kata “dia ni dah lah mis kin nak mam pus, s0mbong pulak tu”.
Aku tersentak.
Dia berkata lagi
“orang yang tidur lepas subuh dan lepas itu bangun, ada hati lagi nak Dhuha, Allahuakbar. Orang macam ini lagi tak malu depan Allah. Tadi dia tolak pemberian Allah. Sekarang mahu tarik semula rezeki dan rahmat Allah. Sesungguhnya manusia itu ja hil. Sepatutnya orang ini perlu bertaubat dulu sebelum nak solat dhuha”.
Allahuakbar.
Bila duduk dengan orang yang setiap masa takutkan Allah, baru sedar macam mana amalan kita selama ni. Betapa hinanya fikiran aku selama ini. Jauh beza nak banding amalan kita yang tak tau Allah terima ke tak. Tapi hidup setiap hari macam tak rasa banyak d0sa. Allahhh…
Kita ni banyak d0sa, bukan setakat banyak d0sa bahkan bermandikan d0sa.
Dia kata lagi
“orang yang riak kalau bertaubat Allah ampunkan. Kalau orang yang s0mbong apa kau rasa Allah nak ampunkan sedangkan itu adalah sifat ib lis?
Allahuakbar.
Aku tanya tentang tidur lepas subuh je dah rasa macam nak ke neraka. Belum tanya hal lain lagi.
Dia kata lagi
“ramai orang muda kata perlu tidur lepas subuh sebab tak cukup tidur malam tadi sebab main futsal lah, jalan-jalan dan apa kau tak pernah fikir siang dan malam itu adalah sunnatullah?”
“Allah dah kata dalam Al-Quran, siang aku jadikan untuk kau bekerja, malam untuk kau berehat. Kalau sunnatullah kau ubah ikut kepala otak kau sendiri, sebab itulah hidup kau tunggang langgang.
Kau siapa? Nak ubah sunnatullah?
“Allahuakbar, jauhnya beza pemikiran kita dengan orang yang ta kut dengan Allah. Orang yang dekat dengan Allah. Hidup memang kena pandu Al-Quran dan hadis. Tapi, carilah orang yang boleh memperjelaskan lagi apa yang ada dalam Al-Quran dan hadis itu.
Janganlah asyik meminta dalil dari orang itu orang ini dan memproses dengan kepala sendiri. Ada orang bawa Al-Quran ke hulu ke hilir.
Tak salah, tapi carilah panduannya dengan baik supaya tak tersalah tafsir hukum ikut nafsu.
Sentap beb,,rase macam potong bawang halus2,,tapi benar setelah aku mula sedar fakirnya aku jika aku tidur lpas subuh,,lantaran itu aku mula sedar dan tidak tidur lepas subuh,,ku baca surah al waqiah dan solat dhuha setiap hari,,dan ku rasakan rezeki ku melimpah limpah smpai aku rasekan,,,ya allah!!!!!Murahnya rezeki MU jika ku tidak tidur lepas subuh,,
Tidur lepas subuh….fikir fikirkanlah. Peringatan utk diri sdri juga..😔 😔 😔
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia
Sumber: SLViral
Leave a Reply