Pernah bergandingan bersama dalam sebuah drama yang sebelum ini menjadi sebutan ramai, ada pula yang tertanya-tanya mengenai hubungan mesra Alvin Chong dengan pelakon jelita, Emma Maembong.
Berikutan Emma Maembong menerusi laman Instagram miliknya ada memuat naik sekeping foto bersama pelakon dan penyanyi tersebut, ada pula yang bertanyakan mengenai hal itu kepada dirinya.
Netizen soal tentang hubungan
“Happy birthday to my one and only babypus @alvinchong123. Love you too the moon my bff…” tulisnya berserta beberapa hashtag mengenai hubungan persahabatan mereka.
Meskipun sudah menulis kapsyen bahawa dia memberikan ucapan khusus buat rakan karib yang dipanggil sebagai ‘bff’, namun masih ada yang bertanya.
Bagaimanapun, komen daripada individu berkenaan mendapat perhatian Emma Maembong yang kemudiannya dibalas dengan respon ringkas.
“Couple ke sekarang ni”
Meskipun ada yang mengetahui Emma Maembong dan Alvin Chong merupakan bff namun ada peminatnya tetap mendoakan dia dan jejaka itu berjodoh.
Ternyata peminat dan pengikut juga merasakan Alvin Chong dan Emma Maembong sepadan sehingga meminta mereka couple mahupun berkahwin terus.
“Kawin je plssss”
“Mana tau dari bff boleh sampai ke jinjang pelamin… amin…”
Dalam pada itu, peminat dan pengikut juga tidak melepaskan peluang untuk memberikan ucapan sempena ulangtahun kelahiran buat Alvin Chong.
Sumber: Emma Maembong
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia
Sumber: Lepat Pisang
Leave a Reply