Kasih sayang ibu bapa terlihat apabila anak kita itu mahu berdamping dengan kita. Anak-anak yang lebih selesa memanjakan dirinya bersama kita adalah satu tanda yang bermaksud kita sebagai ibubapa telah memberikan kasih sayang yang mencukupi.
Seperti yang telah kita ketahui, pelakon,penyanyi dan pengacara kelakar, Elly Mazlein atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pompom sudahpun bahagia mendirikan rumah tangga dengan pas4ngan pilihan beliau.
Dan ramai yang sangat memuji bahawa suami Kak Lina kelihatan sangat menyayangi anak Kak Lina, Sara Sephia.
Baru-baru ini, Kak Lina dan suami berkongsi momen mereka menyambut hari ulangtahun kelahiran anak mereka yang ke 4 pada 9 March lalu.
Kelihatan di dalam video tersebut Kak Lina dan suami menyambut hari jadi anaknya itu secara sederhana di rumah kediaman mereka. Kelihatan juga anaknya itu didukung oleh Papanya untuk meniup kek harijadi yang bertemakan ‘Unicorn’ itu.
Ramai netizen yang mengucapkan selamat hari jadi kepada Sara Sephia yang sudahpun mencecah usia 4 tahun dan memuji kek yang ditempah oleh Kak Lina buat anaknya itu sangat comel dan cantik.
Ada juga netizen yang memuji dengan keakraban Sara Sephia dengan Papanya itu. Selain itu, ada yang berseloroh mengatakan Kak lina cemburu manja dengan anaknya yang rapat dengan suaminya.
Bukan senang untuk melihat anak sendiri menerima “orang baru” dalam keluarga kita. Kita harus contohi didikan Kak Lina yang mendidik anaknya untuk menyayangi suaminya dan menganggap seperti ayah sendiri. Suami Kak Lina juga harus dijadikan contoh dimana beliau tetap menyayangi Sara Sephia dan menganggap Sara seperti anaknya sendiri.
sumber : ig iamellymazlein via o.laici
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia
Sumber: Sumber
Leave a Reply