Tiada lesen niaga, pakcik dilayan sebegitu rupa… Allahu… =(

Orang Tua Yang Kalian Kas4ri Itu Bapa Saya.. Dia Cuma Mahu Cari Sesuap Nasi’ – Gadis Kec3wa Layanan Terhadap Bapanya

Tul44r di media sosial apabila difahamkan apabila seorang pakcik yang ditegur diatas faktor tidak memiliki lesen perniagaan. Namun, terkini menerusi halaman FB Siti Norfadhilla iaitu anak kandung kepada lelaki yang tul4r tersebut bersuara dan cerita hal sebenar terutama dalam pemilikan lesen yang tidak berjaya.

Entri penuh Siti Norfadhilla menerusi halaman FB nya:


Namun, Alhamdulillah, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Selepas kejadian ini, keluarga pakcik ini telah dilawati oleh beberapa kenamaan. Menerusi FB anak nya turut menyatakan telah dikunjungi oleh Ustaz Ebit Lew :

Berikut  ada perkongsian Ustaz Ebit Lew di channel telegram beliau

Sedih sangat rasa. Semalam tengok video pakcik ini tengah berniaga jagung di selayang. Pakcik rabun 90 peratus penglihatan tak nampak. Cuma 10 peratus tinggal. Nampak bayang jer. Muka semua dah takleh nampak. Kasihan rasanya. Berniaga jagung disitu dah 5 tahun. Dari dulu ini jer kerjanya cuma di tempat lain. Anak semua masih sekolah. 5 masih belajar lagi. Semua rajin-rajin. 2 orang di universiti. Ada anaknya yang cuti sekolah bawa foodpanda. Pakcik ni sehari dapat RM50 jika habis jagungnya. Dalam seminggu dah 3 kali semua jagung kena rampas. Yerlah berniaga disitu salah sebab tiada lesen. Tapi saya rasa kasihan padanya. Baik pakcik ni.

Saya tak salahkan sesiapa cuma terfikir macam mana nak bantu pakcik ini. Dengan rendah diri saya merayu MPS Selayang dapat membantu pakcik ini. Segala pertolongan kepada pakcik ini saya dahulukan ucapan terima kasih. Rezeki dan ujian masing-masing. Kita sebagai saudara tugas membantu mereka. Saya hadiahkan rm1ribu dan tanya jika perlu bantuan apa-apa. Pakcik ni sebak dan tak ingin yang lain-lain.

Pakcik ini dan isteri berniaga buah sikit jer tepi jalan. Mereka kenal saya. Selalu tengok video dan ceramah saya. Katanya dapat jumpa ustaz dah bahagia. Mereka tak nak apa-apa. Gembira rasa. Pelukan dengan tangisan sebak. Bila saya tanya apa saya boleh bantu. Pakcik ni taknak apa-apa dari saya.

Sabarlah pakcik. Saya doakan Allah mudahkan rezeki pakcik makcik dan anak-anak. Semoga anak semua jadi anak yang baik dan hebat-ebitlew

Dalam perkongsian terbaru, Siti Norfadhilla juga mewakili keluarganya telah memaafkan semua pegawai penguatkuasa yang bertugas dan berharap netizen juga begitu.

Assalamualaikum dan salam sejahtera . Di sini saya hanya ingin menyampaikan kata2 dari ibubapa saya . Mereka yang menyuruh saya menyampaikan ini :
“Kepada semua , kami sekeluarga telah memaafkan semua anggota2 penguatkuasa tersebut . Saya harap hentikanlah semua kecaman yang menyiksa mereka . Harap jangan mengambil tindakan terhadap mereka . Kita semua buat salah takda yang sempurna . Kami seikhlas hati telah memaafkan mereka . Saya faham apa yang mereka rasakan sekarang . Harap kita semua dapat memaafkan mereka

Dari kami LM mengharapkan agar isu ini diselesaikan dengan baik dan pakcik dapat berniaga seperti biasa. Semoga pakcik sekeluarga sihat sejahtera Buat netizen, jangan hanya menilai tanpa mengkaji. Hentikan segala tohmahan dan k3jian. Sesungguhnya itu bukan sifat orang yang beriman.

sumber : FB Siti Norfadhilla & Channel Telegram Ust Ebit Lew

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.