Lebih Ramai Dij4ngk1ti, KKM B1mbang Kluster Sivagangga Adalah V1rus ‘Super Spreader’

Menerusi status Public Health Malaysia, pihak Kementerian Kesihatan (KKM) melahirkan rasa b1mbang dengan kluster Sivagangga yang bermula di Kedah. Kemungkinan besar kluster tersebut ada kaitan dengan gen0m Covid-19, yang dikenal pasti sebagai perebak utama (super spreader) di Mesir dan Pakistan.

Menurut Ketua Pengarahnya, Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media semalam, kluster tersebut tersebar lebih cepat berbanding 9 kluster lain sebelum ini.

Kadar mereb4k pantas

Yang kita lihat sekarang kluster ini mereb4k dengan cepat dibandingkan sembilan kluster di Sarawak dan sebagainya. Kajian sedang dijalankan sama ada kita sedang menghadapi satu kluster iaitu genome 614, iaitu kluster super spreader.

Besar kemungkinan ini (kluster Sivagangga) adalah kluster Super Spreader tetapi kita kena laksanakan ujian teliti dan akan kulturkan virus itu di makmal.

Menurut KP Kesihatan, jika bacaan ‘Rt’ adalah satu, ini bermakna 100 orang disahkan positif jadi akan menjangkiti 100 orang yang lain. Pihak KKM perlu memastikan bacaan Rt kurang daripada satu agar dapat mengawal Covid-19 di Malaysia. Sehingga kini, KKM masih meneliti jenis virus yang menyebabkan hampir 7 ribu penduduk di Kedah di kuarantin.

Semua dirawat kini generasi kedua kluster Sivangga

Sementara itu, KKM akan terus menjalankan saringan bersasar bagi kluster Sivagangga dan kini fokus masih lagi tertumpu kepada pelanggan yang ke sebuah restoran nasi kandar di Napoh, Kedah.

Selain itu, saringan bersasar juga dilakukan untuk penduduk yang tinggal dalam radius satu kilometer dari lokasi restoran berkenaan tetapi mereka yang mempunyai kontak rapat dengan perlu menjalankan sar1ngan segera. Semua yang positif kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah dan mereka adalah generasi kedua dalam kluster Sivagangga.

Sumber : Harian MetroPublic Health Malaysia

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*