Sy4hid Ketika Melahirkan Bayi Sulung, Foto Kucvpan Terakhir Anak Buat Ibu Undang Sebak

Pengorbanan seorang ibu itu sangat besar nilainya dalam hidup seorang anak, mereka mempertaruhkan nyawa sendiri untuk memberi kehidupan kepada kita.

Namun ajal dan maut di tangan Tuhan, baru-baru ini seorang gadis di laman Facebook dengan nama akaun, Adek Eyka, telah berkongsi mengenai kehilangan kakaknya, Siti Aisyah Binti Zulkafli, yang meninggal dunia selepas melahirkan bayi sulung.

Kakak meninggal lepas lahirkan anak sulung

Di dalam entri Eyka, gadis itu menceritakan semula momen di saat pemergian kakaknya, dimana bayi arwah sedikit pun tidak menangis sehingga urusan pengebvmian selesai.

Eyka merasakan, mungkin inilah antara hikmah yang Tuhan sampaikan, jika kebiasaanya bayi kecil akan sering menangis namun anak arwah mudah dijaga, membuatkan segala urusan pengebumian berjalan lancar.

Rasa sayu makin bertambah, setelah melihat foto yang dimuat naik Eyka memaparkan kucupan terakhir anak pertama arwah kepada ibu yang telah mengrbankan nywa untuk melahirkannya.

Terbaca diari arw4h

Tambah Eyka lagi, dia sempat membaca diari arw4h namun isi kandungannya tidak dapat dikongsikan dan menjadi rahsia antaranya serta keluarga.

“Apa yang buat aku terasa 1001 perasaan serbe salah bila terbaca buku diari arw4h. Biarlah aku saja yang tahu apa yang ditulisnya..Allahu andai masih hidup masih banyak nak diperbetulkan balik menangis air mata darah sekali pun takkan tebus rasa serba salah aku…”

Tak sempat nak manja dengan ibu

Di ruangan komen, ramai yang menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga arwh, mendoakan agar arwh ditempatkan di kalangan hamba Allah yang beriman.

Salam takziah

Semoga anak arwh membesar menjadi seorang insan soleh, menjadi asbab membawa ibunya ke syurga yang kekal abadi.

Sumber :  Adek Eyka /menujukebenaran

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*