Ebit Lew Dedah 1 Kampung 157 Org MemeIvk lsIam. Tapi Ada 1 Komen Buat Ramai Sentap

Siapa tidak kenal dengan Ustaz Ebit Lew, seorang pendakwah yang ‘datang’ dengan ‘pakej dakwah’ yang lembut dan berhemah ketika menyampaikan sesi dakwahnya. Pendekatan dakwah Ustaz Ebit Lew menjadikan ramai orang terbuka hati untuk menerima dakwah yang cuba disampaikannya.

Menjadikan sosial media seperti Instagram miliknya sebagai medium untuk menyampaikan dakwah secara ‘halus,’ nyata usaha dan pendekatannya telah berjaya ‘mencuri’ hati golongan sasaran setiap kali Ustaz Ebit Lew turun padang untuk menjalankan ‘street dakwah

Berikut perkongsian UEL di halaman Fb

“Ya Allah menangis saya hari ini gembira. Seramai 157 orang mengucap syahadah. Satu kampung memeluk Islam petang ini. Semuanya dengan rela tanpa paksaan memeluk Islam. Dari suku Bajau Laut atau gipsi laut.. Pulau Tatagan Semporna. Mereka tinggal dalam bot atau pondok kecil atas laut.

“Saya ke sana untuk beri bantuan. Dengar mereka susah dan putus bekalan makanan. Mereka susah sangat. Bajau laut kumpulan manusia tanpa negara. Tengok anak kecil terus menangis. Berebut-rebut datang dekat saya. Mereka beri nama anak selepas setahun kerana risiko kematian tinggi untuk anak bawah setahun.

“Tiba-tiba ramai tanya saya siapa tuhan. Tuhan tu apa. Saya terus sebak. Saya dengan penterjemah tanya pernah tak sesiapa terangkan tentang agama. Mereka jawab tiada. Kami tak tahu. Tolong bagitahu kami. Saya terus sebak. Saya kumpulkan semua dikeliling bot tadi.

Mereka semua terus percaya. Saya ajar mereka syahadah. Inilah hari paling sedih gembira dalam hidup saya. Terima kasih Allah.

Saya akan terus bantu makanan untuk seluruh kampung atas laut ini. Saya tengah urus untuk bina sekolah. Tengah cari guru ustaz untuk mengajar mereka.

Ya Allah bantulah mudahkanlah diriku untuk pastikan anak-anak ini menjadi manusia berguna.

Setakat artikal ini ditulis, perkongsiaan tersebut telah mencapai 327 ribu tanda suka, 31 ribu komen dan mencecah sehingga 40 ribu perkongsian dari warganet

Rata-rata netizan sangat berbangga dengan Ustaz Ebit dan sentiasa mendoakan kesejahteraan beliau dalam usaha menyampaikan dakwah dan kebaikan

“kesian pala’u ni terbiar…..ingatkn mereka ni semua penganut islam sama spt subbajau lain d Semporna….samada warga atau nonlokal…

mohon agensi bkaitan btindak dimana yg patut supaya mereka tdk terbiar tanpa agama.

” Ustaz saya sedia jadi tenaga pengajar bagi mereka …Alhamdulillah sya jua fasih berbahasa dialog mereka ..semoga ustaz ebit nampak dan baca comment ini…demi Agama Allah ..saya tawarkan diri ..insyaHAllah…Semoga perjuangan ustaz sentiasa dipermudahkan”

“selepas ni… apabila sy ke sana semula sudah pasti sy akan memberikan ucapan Assalamualaikum kepada merreka… mereka mmg susah.. tetapi mereka baik.. dengan usaha yg dimulai oleh ustaz kita harap ada jua pihak disana yg akan membantu meneruskan usaha ustaz ini… kita doakan yg terbaik utk mereka…”

Komen sentap dari netizan

Namun begitu, ada satu komen dari netizan yang berjaya menarik perhatian ramai sehingga mendapat 4.3 ribu tanda suka

“Wahaii media semua, cerita cerita cam ni yg dunia perlu Tahu. Bukan Emma mak kembong peram susu, Aida Jebat ketiak hapakk ye.. Yg bace dgn komen d0sa berbakul bakul” tulis Nordiana Zaabah

Saya suka pendekatan dakwah Ustaz Ebit Lew

1) MESEJNYA mudah

Allah S.W.T sayang kita. Nabi Muhammad s.a.w sayang kita. Sabar dan redha dapat pahala. Allah S.W.T akan bagi syurga

2) Bantu orang susah

Negara kita banyak institusi kebajikan rasmi dan NGO tapi tetap ada yang tertinggal. Beliau turun bawah jambatan, tepi kaki lima dan masuk ke tempat-tempat yang mungkin badan lain tak sampai

3) Jadi punca hidayah

Ramai juga yang masuk Islam selepas mengikuti dan disantuni beliau. Beliau berpengalaman luas dan banyak menggunakan perkongsian hidup sebenar yang mudah mempengaruhi orang lain yang ingin mendekati Islam

4) Pelbagai medium dakwah

Turun padang, tulis buku, anjur seminar, muncul di media massa, aktif di media sosial dan buat rancangan TV sendiri

5) Kebaikannya disebarkan sebagai qudwah

Ada pasukan media yang sentiasa merakam dan merekodkan aktiviti kebajikan beliau. Walaupun ada kritikan, bagi saya ia satu inisiatif baik supaya semua orang berlumba-lumba dan bekerjasama ke arah kebaikan

Moga Allah S.W.T merahmati Ustaz Ebit Lew

Ir. Hj. Muhammad Lukman Al Hakim Bin Muhammad

Kluster Tarbiah ISMA

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber : http://trendingsangat.pw/

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.