“Siapa bakal awak…” Fida terkejut tiba-tiba terima mesej dari ‘bekas kekasih’

” Salam awak, sihat ke tu? Drah tengah manis tu..”

Itu antara pesanan mesej diterima oleh pelakon dan usahawan, Rafidah Ibrahim atau lebih dikenali Fida dari individu yang pernah rapat dengannya suatu ketika dahulu.

Fida, 35, berkongsi bingkisan perbualannya di WhatsApp bersama kenalan lama yang juga pelawak, Mamat Sepah.

Menurut Fida, perkongsian dibuatnya di Instagram itu menunjukkan bahawa dia dan Mamat profesional serta menghormati di antara satu sama lain sebagai kenalan lama yang pernah rapat dahulu.

” Saya dan Mamat, kami tidak pernah bermusuh pun selama ini. Cuma, kami selesa membawa haluan masing-masing kerana menghormati perasaan pasangan dan pandangan masyarakat.

” Cuma, baru-baru ini mungkin kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kami ada berhubung di WhatsApp bagi bertanya khabar. Selain, Mamat juga mendoakan hari bahagia saya nanti.

” Pada majlis pernikahan Mamat dan isteri, Nordiana tahun lalu, saya tak dapat hadir kerana ada urusan perniagaan.

” Tapi, sebagai rakan artis dan saling kenal, saya sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka kekal hingga ke jannah,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Fida lagi, tiada salah juga untuk mereka bertanya khabar sesama rakan artis. Malah, ujarnya semoga silaturahim kita sentiasa terjaga dan dipelihara oleh Allah SWT.

Mamat tanya bila Fida akan nikah dan siapa bakal suami

Dalam tangkap layar perbualan Whatsapp tersebut, Mamat dilihat bertanyakan kepada Fida bila dia akan bernikah dan siapa bakal suami Fida.

” Siapa bakal awak? Bagitahu lah saya janji rahsiakan.” tulis Mamat, namun Fida dilihat mengelak untuk menjawab soalan Mamat tersebut.

Fida turut menasihati Mamat agar memaklumkan kepada isterinya mengenai perbualan mereka di Whatsapp bagi mengelak salah faham timbul.

” Satu lagi, nanti awak bagitau Diana (isteri Mamat) kita whatsapp tau sebab saya akan bagitau (bakal) saya jugak. Taknak salah faham, sekarang musim PKP orang stress cepat sangat boommm..” tulis Fida.

Terdahulu, pada awal Januari lalu, Fida turut berkongsi khabar gembira yang dia bakal mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya tidak lama lagi.

Menurut Fida, dia dan bakal pasangannya yang juga seorang ahli perniagaan merancang mengadakan majlis pernikahan mereka sebelum Ramadan tahun ini.

Ujarnya lagi, mereka adalah kenalan lama dan sudah saling mengenali lebih 10 tahun lalu. Malah, Fida menyifatkan calon suaminya seorang lelaki yang baik, sangat memahami dan banyak membantunya.

Ketika aktif berlakon dahulu, Fida pernah membintangi drama antaranya Cinta Tikar Sejadah, Epilog Syurga Cinta, Kasih Alia, Runtun Qalbu dan Setulus Janji, termasuk filem seperti Kongsi, Man Sewel Datang KL dan Adik Manja Returns.

Selain itu, Fida yang juga pengasas perniagaan serum kecantikan, R Secrets Sdn Bhd pada 2014 pernah popular dengan lagu Apo Kono Eh Jang 2012.

Terdahulu, Fida dan Mamat Sepah digosipkan bercinta sebelum mereka memutuskan hubungan sekitar tahun 2013.

Sementara itu Mamat pula telah sah bergelar suami kepada anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam yang dikenali sebagai Diana Ibrahim dengan sekali lafaz pada 2 Mac 2020.

Mamat yang berasal dari Kulai, Johor dan Diana yang berasal dari Sabah mengikat tali pertunangan pada 2019 sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

Cabaran kahwin… isteri terpaksa terima imej ‘rock’ Mamat Sepah – “Balik rumah jumpa lelaki macam orang kat l0kap”

PENAMPILAN yang tidak kemas dan berambut panjang, pelawak Mamat Sepah mengakui ia merupakan perbezaan ketara antara dia dan isterinya Nordiana Ibrahim.

Bagaimanapun, Mamat bersyukur Nordiana yang juga seorang anggota polis menerima dirinya tanpa melihat daripada luaran sahaja.

“Macam langit dan bumi, di sudut hati isteri saya mesti fikir kenapa la laki dia macam ini. Mesti dia tak pernah terfikir akan berkahwin dengan lelaki rambut panjang macam saya.

Mamat berharap Nordiana terima dirinya seadanya.

“Yela, sekeliling kat tempat kerja dia semua orang yang kemas dan berdisplin, balik saja rumah jumpa lelaki rambut macam orang kat lokap, kadang-kadang yang kat lokap tu lagi kemas daripada laki dia.

“Dia kena terima hakikat kahwin dengan rocker sejati. Siapa suruh awak terima pinangan saya dulu? Padan muka kau dapat laki rambut sama panjang.

“Luaran tidak menjanjikan apa-apa… yang penting? Tolong sambung” kata Mamat.

Dia kena terima hakikat kahwin dengan rocker sejati. Siapa suruh awak terima pinangan saya dulu?

Bekas kumpulan lawak Sepahtu itu berkongsi perkara tersebut dengan memuat naik foto bersama isterinya dia laman Instagram miliknya.

Rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan Mamat kerana bagi mereka, apa yang penting adalah seseorang itu perlu ikhlas dalam mencintai seseorang.

“Luaran tidak menjanjikan apa-apa… yang penting hati tulus dan ikhlas untuk mencintai… Rock jalan terus brother.

“Apa-apa pun semoga mahligai yang di bina kekal hingga ke jannah.

Mamat dan Nordiana berkahwin pada1 Mac lalu.

“Yang penting dalaman cinta sejati..,” tulis beberapa netizen di ruang komen perkongsian tersebut.

Mamat atau nama sebenarnya, Mohd Noor Murad berkahwin dengan anggota polis yang bertugas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam itu pada 1 Mac lalu.

Mamat dan Nordiana terlebih dahulu mengikat tali pertunangan pada 2018.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: hmetr0

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.