Polis Yang Tahan Gadis Ini Adalah Ayah Dia. Reaksi Ayah Dia Sebelum Suruh Anak Dia Berhenti Buat Ramai Terhibur

Sejak dua menjak ini tular di media sosial tentang kisah kisah yang agak kurang enak untuk hero frontliner kita iaitu anggota polis.

Sesetengah telah hilang kepercayaan kepada mereka tetapi masih ramai yakin bahawa apa yang terjadi tidak akan mencalarkan kredibiliti polis Malaysia kerana ini adalah perbuatan individu.

Dengan PKP disambung lagi untuk beberapa buah negeri dan sempadan negeri masih lagi ditutup, sekatan jalan raya untuk rentas daerah dan negeri masih dijalankan.

Tapi ada kisah yang lucu di sekatan jalan raya sebenarnya bukan kisah sedih sahaja yang kita dengar baru baru ini.

Seorang pengguna Twitter @Ismadianaaaaa telah memuat naik 1 video pendek di platform Twitter beliau.

Di dalam video tersebut menunjukkan mereka menaiki kereta dan menghampiri satu sekatan jalan raya.

Rupanya yang jaga sekatan jalan raya itu adalah ayah dia sendiri.

Video:

Rupanya gadis itu tidak menyangka akan berjumpa ayah sendiri. Dia dalam perjalanan untuk ke tempat kerja dan surat untuk rentas daerah pun ada.

Kejadian itu mencuit hati ramai orang. Ada yang mengimbau kenangan mereka ketika ayah mereka juga menjadi anggota polis.

KOMEN NETIZEN:

“Ayah aku pon polis tau, aku ingat haritu kena angkut kes rempit, bapak sendiri angkut aku masuk balai, nak nangis woi kena maki ngan ayah sendiri”

“Ahaha…can related. Ayah saya bekas Polis, tp peronda. Pernah balik lepas jumpa kawan lewat malam pastu tiba2 kereta peronda ikut belakang sampai rumah. cuak jugk lahRolling on the floor laughing n dia pencen betul2 before covid ni jadi. Semoga ayah awak di beri kesihatan yg baik selaluSmiling face with smiling eyes”

Sumber : Twitter Isma | Tudung (Borong dan Retail) @Ismadianaaaaa

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber : AwattSyeikhhh Network

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.