Permohonan i-Sinar Diluluskan Bermula 8 Mac

Berita baik buat semua pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), KWSP hari ini mengumumkan pencarum di bawah umur 55 tahun yang sudah membuat permohonan bagi kemudahan i-Sinar akan diberikan kelulusan (tanpa kriteria) bermula 8 Mac ini.

Menerusi satu kenyataan malam tadi, KWSP turut memaklumkan kelulusan juga akan diberikan kepada mana-mana permohonan baharu yang diterima selepas tarikh tersebut, namun ianya tertakluk kepada baki yang sedia ada dalam Akaun 1 ahli.

“KWSP menghargai kesabaran dan pertimbangan ahli ketika pembaharuan ini dilaksanakan kerana pemansuhan kriteria i-Sinar yang diumumkan pada 11 Februari 2021 melibatkan perubahan besar kepada sistem, proses dan tadbir urus i-Sinar Online,” katanya.

Tambah kenyataan itu lagi, jumlah pengeluaran i-Sinar serta jadual pembayaran maksimum selama enam bulan akan kekal seperti yang ditetapkan sebelum ini iaitu :

a. Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga RM10,000.

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.

b. Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000 (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga 10 peratus daripada simpanan Akaun 1 mereka.

Bagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000.Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000.

Dalam pada itu, mereka turut menjelaskan pemansuhan kriteria i-Sinar juga bermakna pembayaran interim RM1,000 yang dilaksanakan pada bulan lepas akan dihentikan.

Mereka turut menasihatkan pencarum yang belum pernah membuat permohonan i-Sinar sebelum ini dan mereka yang berhasrat untuk memohon pada tempoh peralihan supaya menangguhkan permohonan sehingga i-Sinar yang telah dikemaskini dilancarkan pada 8 Mac ini.

“Ini akan memendekkan masa yang diperlvk4n untuk proses permohonan mereka dan mempercepatkan pembayaran wang i-Sinar,” katanya.

“Untuk maklumat lanjut, ahli boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03-8922 4848. Untuk pertanyaan umum, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000 ataupun melayari laman web www.kwsp.gov.my,” katanya.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber : www.buzzkini.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.