Nissa Sabyan Ramp4s Suami Orang? Ini Respon Bapanya, Haji Komar

Netizen masih belum berhenti membicarakan mengenai penyanyi yang terkenal dengan lagu-lagu berunsur kerohanian, Nissa Sabyan yang dituduh mempunyai hubungan dengan pemain keyboard Sabyan Gambus iaitu Ayus Sabyan yang memegang status ‘suami orang’.

Ayus dikatakan telah bersuara mengenai hubungannya dengan Nissa. Beliau akui kesilapannya dan memohon maaf kepada isteri dan keluarganya. Bapa kepada Nissa  iaitu Haji Komar membuat pernyataan mengenai perihal yang sedang berlaku

Terkejut Mendengar Berita Nissa Sabyan

Menurut Kumparan, bapa kepada Nissa Sabyan mengakui terkejut apabila berita mengenai anaknya Nissa Sabyan hangat dibincangkan. Beliau turut tidak menyangka anak perempuannya menjadi tumpuan disebabkan perihal buruk ini.

“Ya, sudah pasti terkejut. Itu sangat pasti.”- Haji Komar

Yakin Nissa Sabyan Tidak Menjalin Hubungan Sulit Dengan Ayus Sabyan

Haji Komar turut menafikan mengenai apa yang sedang berlaku. Beliau yakin bahawa anak perempuannya tidak mempunyai hubungan sulit dengan Ayus Sabyan.

“Semua itu tidak benar. Ianya tidak benar.”- Tegas Bapa Nissa Sabyan

Menafikan Nissa Sabyan Berkahwin Dengan Ayus Sabyan

Setelah berita mengenai hubungan sulit telah tersebar, terdapat dakwaan yang mengatakan bahawa Nissa Sabyan berkahwin dengan Ayus Sabyan. Walaubagaimanapun, dakwaan itu telah dinafikan oleh bapa Nissa Sabyan, Haji Komar.

“Ia tidak benar. Saya bapanya. Ibubapa Nisa sangat mengetahui keadaan anaknya.”- Haji Komar

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber : https://murai.my/2021/100940/nissa-sabyan-rampas-suami-orang-ini-respon-bapanya-haji-komar/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.