Pelakon bersetuju untuk membuka tudung untuk berlakon? Ini komen mengeejut Zila Bakarin

Kuala Lumpur: Pelakon, Zila Bakarin mengakui pernah ditanya oleh pekerja belakang tabir sama ada dia rela untuk membuka tudung ketika berlakon.

Zila berkata, soalan itu muncul apabila terdapat beberapa pelakon bertudung, bersetuju untuk membuka tudung semata-mata untuk menjayakan watak diberikan.

“Jawapan saya, kalau nak kena buka tudung, cari orang lain,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Zila, dia tidak mengetahui jika situasi sebegitu wujud di dalam industri.

“Saya sendiri pun tak tahu yang situasi ini memang berlaku. Apabila dimaklum dan diajukan soalan begitu, baru saya tahu.

“Tapi, sampai ke hari ini saya masih tak tahu siapakah pelakon yang dimaksudkan,” katanya.

Ditanya mengenai perkara itu, Zila berpendapat, dia tidak ada hak untuk memberikan sebarang komen.

“Saya pun tak pandai sangat dan masih belajar. Kalau mereka terbuka untuk menanggalkan tudung ketika berlakon, itu hak mereka.

“Tapi, kalau tanya saya, saya tak mahu dan kalau terpaksa tolak tawaran itu, saya akan tolak dan anggap ia bukan rezeki saya,” katanya.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber : Harian Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.