Detik ‘perpis4han’ sebuah keluarga undang seb4k netizen

SIAPA yang tidak menitiskan air mata jika terpaksa berpisah dengan keluarga tercinta.

Itulah nasib yang dialami oleh seorang bapa selepas terpaksa berjauhan dengan keluarga demi mencari ‘sesuap nasi’ di negara orang ketika negara masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kisah menyayat hati detik sebelum lelaki tersebut men1ngg4lkan anak serta isterinya telah tular di laman Facebook semalam selepas gambar mereka dikongsi oleh individu yang dikenali sebagai Min Rossa.

“Disebabkan PKP, seorang ayah terpaksa merentas negara ke Singapura untuk sesuap nasi demi k3sayangan anak-anak dan isteri. Lepas pergi entah bila masa boleh balik ke tanah air.

“Isteri dan anak- anak, menangis dan terus memeluk ayah sekuat-kuatnya sebelum bertolak ke Singapura. Isterinya tidak dapat menahan air mata terhadap suaminya yang akan tidak tahu bila boleh balik ke sisinya,” kata Min Rossa di Facebook semalam.

Sementara itu, menurut seorang wanita yang dipercayai isteri lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Rosalinda Linda memaklumkan, suaminya telah bekerja di Singapura lebih 20 tahun.

Katanya, gambar tersebut dirakam pada 15 Februari lalu sebelum lelaki itu bertolak balik ke Singapura.

“Memang berat untuk berpisah, ajal m4ut kita tidak tahu, tapi rezeki kami sekeluarga ada di negara jiran. Bukan mudah nak lepaskan suami pergi yang entah bila kembali.

“Alhamdulillah masih ada kerja di sana doakan yang baik-baik, ramai yang tidak ada kerja dan ramai yang lagi susah. Doa moga hilang la cov1d ni agar boleh bersama kembali,” katanya.

Kisah keluarga itu mengundang sebak netizen di Facebook dan rata-rata mereka mendoakan agar lelaki itu berjaya mencari kerja di Singapura dan kembali ke pangkuan keluarganya dengan selamat.-K! ONLINE.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber : https://cempedakcheese.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.