Kant0i Mahu Rentas Negeri Tapi Tak Ada Dokumen. Selepas disiasat baru tahu status sebenar lelaki ni

SEBERANG PERAI – Satu video yang memaparkan seorang lelaki membalas pertanyaan polis sambil melemparkan kata-kata kesat yang tular di media sosial hari ini dilaporkan berlaku di sekatan jalan raya (SJR) di Nibong Tebal baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern berkata, pihaknya telah mengambil tindakan terhadap suspek pada 18 Februari lalu sebelum video berkenaan tular.

Menurutnya, ketika kejadian, anggota dari Balai Polis Nibong Tebal telah menahan sebuah kereta jenis Mitsubishi Lancer dipandu seorang lelaki berusia 28 tahun yang mahu merentas negeri kira-kira pukul 5 petang.

“Selepas pemeriksaan, dia tidak mempunyai kebenaran untuk merentas negeri semasa melalui SJR.

“Lelaki itu didapati bergerak dari Butterworth (daerah Seberang Perai Utara) hendak ke Bagan Serai, Perak,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Beliau berkata, ketika diminta menunjukkan kad pengenalan dan lesen memandu, lelaki berkenaan telah membaling kad-kad tersebut ke arah anggota polis yang bertugas.

“Disebabkan itu, anggota terus menahannya kerana bertindak kasar, tidak memberi kerjasama dan menghalang petugas menjalankan tugas SJR.

“Semasa proses tangkapan hendak dilaksanakan, dia telah mengeluarkan perkataan kasat kepada anggota polis dan ditahan selepas itu,” katanya.

Sementara itu, Chong Chern berkata, siasatan lanjut mendapati lelaki berkenaan mempunyai rekod rawatan (sakit) mental di Hospital Taiping, Perak sehingga kini.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Peraturan 16(1) Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

VIDEO:

 

Kebenaran rentas negeri bantu industri pelancongan

KUALA LUMPUR: Kerajaan harus mempertimbangkan gelembung perjalanan domestik dan pembukaan rentas negeri, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata, industri pelancongan berkait rapat dengan pergerakan manusia dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain.

“Bila mana tiada pergerakan bermakna, tiadalah pelancongan dan tiadalah jua aktiviti ekonomi, seterusnya tiada pekerjaan serta tiada pendapatan bagi mereka yang bekerja dalam rantaian industri ini.

“Saya berharap, kerajaan dapat menemui titik pertemuan yang boleh menyeimbangkan kesejahteraan kesihatan dan ekonomi rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, beliau berbicara bukan sahaja mengenai impak kepada ekonomi negara, tetapi juga memikirkan periuk nasi dan kelangsungan hidup penggiat industri tempatan.

Beliau menaruh harapan dan keyakinan bahawa pasti ada pendekatan baharu untuk mengawal penyebaran COVID-19 selain daripada meneruskan halangan rentas negeri.

“Biar kita menang dalam menangani pandemik ini dan kita juga menang dalam memulihkan ekonomi negara, terutamanya industri pelancongan,” kata kenyataan itu.

Kredit: K! ONLINE Via Info RP

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: http://trendingsangat.pw/

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.