Dapat Gambar Pisau, Didi Astillah Dim4ki ‘Perangai D4jal’

Pelakon dan penyanyi Didi Astillah mendedahkan menerima mesej berbaur ugvtan yang dikirimkan seorang individu tidak dikenali di Instagram.

Didi atau nama sebenar, Dayang Nazilah Awang Astillah turut terkejut apabila terbaca teks yang dihantar dengan menggunakan kata-kata kes4t.

Lebih mengejutkan, individu berkenaan turut mengirimkan foto sebilah pisau sambil memarahinya tanpa sebab.

Didi ada memuat naik tangkap layar teks yang diterimanya di Instagram, pada Isnin.

Wanita berkenaan meminta penjelasan Didi mengenai hubungannya dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Aiman Aziz.

Menerusi pautan yang dimuat naik itu, Didi yang tidak membalas mesej berkenaan seolah-olah membuatkan pengirim berkenaan terus menghantar teks sehingga mula mengeluarkan kata-kata kes4t.

“Macam yang korang nampak di Instagram, tentang saya menerima satu DM daripada seorang perempuan yang marah-marah, m4ki, bagi kata kesat, dia ugvt, dia hantar gambar pisau.

“Jadi pada yang tanya… sejujurnya saya tak kenal dan tak tahu apa motif dia. Tak tahu kenapa dia marah sangat,” kata adik kepada Bella Astillah ini menerusi video di Insta Story.

Dia pada masa sama turut mengambil keputusan untuk membuat laporan polis atas mesej yang diterima.

Kredit foto: IG Didi

“Atas apa yang dia buat saya akan ambil tindakan cuma sekarang masih di set, tak habis shoot lagi. InsyaAllah lepas ni akan buat laporan, saya sendiri ada gambar muka dia daripada sosial media,” katanya lagi.

Meninjau ke ruangan komen pada posting tersebut, rakan artis dan peminat turut sama memberikan reaksi terhadap apa yang dikongsi bintang berusia 25 tahun itu.

Sumber: Media Hiburan

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber : https://hiburan.cari.com.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.