Ditudvh pakai pemanis wajah, Ayu Damit anggap gosip paling kelakar sepanjang jadi artis – “Saya buka kedai makan, ada jual sate lagi, takkanlah pakai susvk!”

SEPANJANG 13 tahun bergelar anak seni, penyanyi Ayu Damit memberitahu gosip mendakwa dia memakai pemanis wajah atau susvk merupakan sesuatu yang sangat menggelikan hati.

Menurut Ayu atau nama sebenarnya, Norayu Damit, 32, walaupun ramai pihak menyarankan dia mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang memulakan f1tn4h itu namun dia enggan memanjangkan perkara tersebut.

“Saya buka kedai makan, ada jual sate lagi, takkanlah saya pakai susuk! Memang saya gelak je bila baca cerita tu.

“Ada ramai pihak sarankan saya untuk ambil tindakan sam4n terhadap individu tidak bertanggungjawab yang sebar cerita kata saya pakai susuk.

“Tapi saya tak nak ambil tindakan undang-undang sebab apa yang diperkatakan itu memang tidak betul… lantaklah dia nak cakap apa pun,” katanya kepada mStar.

Ayu ditemui pada majlis pelancaran koleksi busana raya, 9 Generasi rekaan pereka fesyen Azirun Ramly yang berlangsung di Sentul, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Selain Ayu, jenama berkenaan turut menampilkan kolaborasi bersama tiga lagi artis tempatan iaitu Hafreez Adam, Kuna Muzani dan Rykarl Iskandar.

Ayu Damit berkolaborasi bersama pereka fesyen, Azirun Ramly.

Saya buka kedai makan, ada jual sate lagi, takkanlah saya pakai susuk!

AYU DAMIT

PENYANYI

Menerusi laporan mStar sebelum ini, Ayu mengakui memperuntukkan belanja lebih RM10,000 sebulan bagi penjagaan diri daripada hujung rambut hingga kaki.

“Kalau nak tahu saya takut jarum, jadi tak berani nak ubah apa-apa pada bahagian badan. Malah, saya tak kisah bayar mahal dan perlu tunggu lama untuk dapatkan hasil terbaik, asalkan produk yang diguna tak berbahaya.

“Sebagai artis memang perlu jaga kesihatan dan kecantikan… selain persembahan pentas, saya juga agak sibuk dengan aktiviti di ladang yang memerlvk4n tenaga dan terdedah dengan sinaran matahari, sebab itu perlu ambil berat tentang penampilan.

Ayu dan suami mengusahakan ladang tanaman cili dan sayur-sayuran.

“Kalau ikutkan sebulan lebih RM10,000 untuk rawatan muka termasuklah rawatan pelangsingan badan, jamu, vitamin dan sebagainya. Itu termasuklah nilai tajaan daripada beberapa pusat kecantikan,” ujarnya.

Selain menyanyi, Ayu turut mengusahakan tanaman cili dan sayur-sayuran di ladang yang terletak di Hulu Langat, Selangor.

Tidak betah duduk diam, penyanyi yang popular dengan lagu Hanya Di Mercu ini juga turut menjalankan perniagaan kedai makan, Restoran Ayu Damit X Tok Mak Citarasa Antarabangsa di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.