Terharu Melihat Kesungguhan, Dayang Nurfaizah Buat Hantaran Istimewa Untuk Hael Husaini

Keakraban penyanyi Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini memang jelas kelihatan kerana mereka banyak berkongsi masa bersama dan perkara tersebut dapat dilihat melalui media sosial.

Para peminat juga suka jika pasangan ‘Haeyang’ ini bersatu hingga ke jinjang pelamin.

Namun urusan jodoh, hanya mereka yang lebih mengetahui sejauh mana tahap hubungan mereka.

Pada 7 Mac 2021, Dayang telah membuat satu hantaran di Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dayang Nurfaizah (@dayangsayangkamu)

Video itu menunjukkan sesi workshop yang dihadiri mereka pada 10 September 2020.

Bagaimanapun, hantaran berkenaan dibuat khas untuk menghargai Hael.

Melalui caption:-

“Dayang ucapkan terima kasih kepada @haelhusaini kerana sudi bersama Dayang merakamkan lagu ‘Gurindam Jiwa’ untuk album BELAGU. Dayang terharu melihat kesungguhan Hael untuk mempelajari lenggok dan gaya nyanyian yang diperlukan dalam persembahan lagu ini. Dayang dan Hael adalah penyanyi aliran pop, lagu tradisional bukanlah forte kami berdua jadi Dayang ambil kesempatan ini untuk bersama-sama Hael mendalami lenggok lagu ini.”

Dayang mengucapkan terima kasih buat Hael yang bersungguh dalam kolaborasi rakaman lagu Gurindam Jiwa.

Beliau menjelaskan, projek itu bukanlah satu perkara mudah kerana menyanyikan lagu tradisional bukanlah kemahiran utama mereka.

“Semua orang tahu menyanyikan lagu tradisional bukanlah mudah. Dayang tidak mahu memilih penyanyi yang sudah dikenali kebolehan mereka dalam menyanyikan lagu tradisional kerana Dayang mahu tunjukkan kepada orang di luar sana bahawa lagu tradisional itu boleh kita penuhi keperluannya andai kita ambil masa dan berusaha untuk mempelajarinya. Pemilihan Hael juga Dayang lihat sebagai satu peluang untuk memenuhi hasrat Dayang yang mahu lebih ramai pendengar muda kenal dan menghargai lagu klasik Melayu kita memandangkan peminat Hael sendiri terdiri dari generasi muda.”

Kejayaan mereka menyelesaikan rakaman lagu tersebut dengan jayanya dilihat sebagai satu usaha yang bersungguh untuk turut menarik minat generasi muda meminatinya.

Sementara itu, Hael juga membalas perkongsian tersebut dengan menulis pada ruangan komen.

Sementara itu, kolaborasi mereka berdua ini boleh ditonton melalui YouTube channel Dayang Nurfaizah.

Wah, kedua-dua penyanyi berbakat ini memang hebat usaha mereka dalam memastikan kesempurnaan kerja yang dilakukan.

Sumber: Instagram Dayang Nurfaizah dan YouTube Dayang Nurfaizah

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber :https://www.hotfm.com.my/hotselebriti-terharu-melihat-kesungguhan-dayang-nurfaizah-buat-hantaran-istimewa-untuk-hael-husaini/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.