Zizi Kirana Tak Kisah Jumpa Jodoh Melalui Taaruf

Usianya kini sudah mencecah 36 tahun, penyanyi Zizi Kirana mendeedahkan ada menerima pelawaan daripada beberapa lelaki untuk melakukan taaruf bagi mencuba nasib untuk bertemu jodoh dengannya.

Zizi berkata dia mula menerima pelawaan itu sejak tahun lalu dan menyifatkan konsep mencari jodoh sebegitu bukan mas4lah besar baginya.

“Sebenarnya saya sendiri memang sudah tahu mengenai taaruf ini, namun tak sangka pula ada yang mempelawa saya melakukannya. Saya mendapat mesej daripada beberapa lelaki yang mahu mengenai saya lebih rapat menerusi taaruf.

“Tidak dinafikan, ada risikonya juga taaruf ini apabila kita langsung tak pernah berjumpa dengan individu itu. Maka, kita tak tahu pun bagaimana keperibadian sebenarnya dan akan memberi kesan kalau berkahwin nanti,” katanya.

Kata Zizi lagi, dia melihat taaruf masih diamalkan oleh ramai orang namun konsep tersebut dilihat agak asing bagi sesetengah masyarakat.

Dalam pada itu, Zizi berkata dia tidak kisah seandainya suatu hari nanti bertemu jodoh menerusi kaedah taaruf.

“Saya tidak menol4k bahawa ini adalah perkara baik dalam Islam kerana ia tidak membabitkan ‘dating’. Saya juga akui saya tidak menolak sekiranya ada yang benar-benar jujur untuk bertaaruf dengan saya, kerana pada usia ini saya bersedia untuk apa saja,” katanya.

 

 

 

 

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber : https://www.rotikaya.com/zizi-kirana-tak-kisah-jumpa-jodoh-melalui-taaruf/?fbclid=IwAR31c88sbyjMqyTH5pUEP3xUgOvYR449d-tp071o7JDLYICGt_UbYemZnpY

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.