[VIDEO] “Xkuat tengok abah macam ni,” Telefon Berdering, Rupanya Abah Call No Kakak Yang Dah ‘Pergi’

Baru tiga hari lepas kita dikejutkan dengan tragedi meny4yat hati di mana dua beranak dikatakan mati lemas di Tasik Lake Resort, Serdang.

Mangsa adalah seorang warga emas dikenali sebagai Hasmah Mat Isa 69, serta anak perempuannya Noraiza Hashim 28.

Pemandu kereta Persona terbabit dikatakan tertekan pedal minyak dan menyebabkan kereta tersebut meluncur laju ke dalam tasik.

Video:

Pemandu yang berusaha menyelamatkan ibunya yang berada di dalam kenderaan terbabit malangnya gagal menyelamatkan ibunya dan turut sama terkorban dalam ins1den terbabit.

Terkini, perkongsian dari laman TikTok netizen yang memaparkan ayah mangsa yang sangat terkesan dengan pemergian kedua-dua insan kesayangan beliau serentak.

Amat menyayat hati, melihat air mata dan ratapan si ayah yang berkali-kali cuba menghubungi anaknya yang sudahpun selamat dikebumikan.

Si ayah yang sudahpun sebelum ini diberitahu tentang berita pemergian anak dan isteri tercinta, namun kerana penyakit lupa yang dideritai si ayah membuatkan beliau sering menangis dan menalifon anaknya itu berkali-kali.

Komen Netizen:

Video berdurasi pendek itu ternyata membuatkan ramai mengalirkan air mata.

Masing-masing amat bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga berkenaan lebih-lebih lagi bila melihatkan ratapan si ayah yang masih tidak dapat menerima pemergian ahli keluarga tercinta. Diharapkan arw4h dihimpunkan bersama orang-orang yang soleh.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber : sinarviral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.