Keluarga Neelofa dipanggil jumpa polis esok, bantu sias4tan majlis nikah tak patuh SOP

SUSULAN dakwaan majlis perkahwinan Neelofa Mohd Noor dengan Pencetus Ummah (PU) Riz tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP), ahli keluarga selebriti terkenal itu akan dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak polis pada Selasa.

Ketua Polis Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, selain anggota keluarga Neelofa, penganjur acara majlis pernikahan itu juga dijangka memberi keterangan bersama.

“Sepatutnya penganjur acara itu hadir memberi keterangan hari ini tetapi ditangguhkan esok bersama keluarga Neelofa.

Sebahagian daripada keluarga pasangan pengantin.

“Setakat ini, polis sudah mengambil keterangan beberapa saksi,” katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro.

Majlis pernikahan Neelofa dikatakan tidak mengikut SOP selepas tersebar beberapa keping gambar menunjukkan tiada penjarakan fizikal dalam kalangan tetamu yang hadir.

Sepatutnya penganjur acara itu hadir memberi keterangan hari ini tetapi ditangguhkan esok bersama keluarga Neelofa.

ASISTEN KOMISIONER MOHAMAD ZAINAL ABDULLAH

KETUA POLIS DANG WANGI

Acara itu dihadiri kira-kira 150 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan rakan rapat kedua-dua belah mempelai.

Neelofa, 32, diijabkabulkan dengan PU Riz atau nama sebenarnya, Muhammad Haris Mohd Ismail, 26, di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Majlis pernikahan Neelofa dan Haris di sebuah hotel bertemakan serba putih.

Pasangan itu dinikahkan adik kandung Neelofa iaitu Mohamed Aqief Mohd Noor berwakil walikan bapa mereka.

Majlis bertemakan serba putih itu turut dihadiri rakan artis seperti Scha Alyahya, Awal Ashaari, Izara Aishah, Kilafairy dan Hannah Delisha serta suami, Imam Shah.

TONTON VIDEO MAJLIS PERNIKAHAN NEELOFA & PU RIZ!

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.