Buat Video Tiktok Dengan Pengarah, Pelakon Baharu Sharifah Rose Diser4ng Netizen

Sebelum ini, pelakon Izara Aishah pernah memuat naik satu twit di laman Twitter miliknya bersuara tentang !su Instafamous yang menjadi pelakon segera di kaca televisyen.

Disebabkan twit tersebut, netizen menyifatkan ia ditujukan kepada Instafamous Sharifah Rose yang juga merupakan bekas kekasih kepada adik ipar Izara iaitu Aazief Khalid.

Secara tiba-tiba satu video TikTok yang dimuat naik oleh Rose bersama dengan pengarah Nizam Zakaria telah dihujani dengan komen neg4tif oleh sebilangan netizen.

@sharifahrosesOne with Mr. Director @nizam.zakaria #fyp♬ Unlock It (Ctrl Superlove) – Roy Kk

Ada antara mereka mempersoalkan bakat lakonan Rose dan menyifatkan beliau sebagai seorang pelakon kayu yang tidak layak beraksi di hadapan lensa kamera.

Dalam masa yang sama, ada juga yang menyuruh Rose untuk hanya menjadi model sahaja berbanding menceburi bidang lakonan.

Drama yang dilakonkan oleh Rose itu akan menampilkan beliau sebagai heroin bersama dengan Redza Rosli menerusi drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard dan bakal ditayangkan di TV3 menerusi slot Lestary.

Cuma apa yang menyed!hkan ialah netizen dengan mudah mempertikaikan lakonan Rose walaupun hakikatnya mereka masih belum lagi menonton drama lakonannya itu.

Nak kr!tik tu tak salah cuma jangan sampai cakap yang bukan-bukan ya.

Sumber foto dan video: Instagram dan TikTok Sharifah Rose

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber : hotfm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.