Bekas isteri suami Serina d4kwa tidak tahu suami kahwin, baru je kena cer4i

EPISOD kontroversi pernikahan Serina Redzuawan dengan lelaki bernama Meor Mohammad Aidid Meor Jamaluddin nampaknya semakin rumit apabila ia didakwa berlangsung tanpa pengetahuan dan kebenaran isteri pertama.

Tampil menjelaskan situasi sebenar, wanita bernama Nur Hamizah Shaffee, 34, mendakwa dia adalah isteri kepada Aidid ketika Serina dan suaminya mendirikan rumah tangga.

Malah Hamizah juga menyangkal dakwaan Serina bahawa Aidid berstatus duda ketika mereka bernikah secara senyap di Perlis.

Gambar kenangan perkahwinan Hamizah dan Aidid.

“Saya cuma nak bersihkan nama keluarga, sebab tu saya beritahu perkara sebenar. Saya tak tahu kenapa mereka (Serina dan Aidid) perlu men1ipu. Memang benar Aidid berkahwin dengan Serina ketika dia masih suami saya yang sah.

“Sebenarnya hubungan saya dengan bekas suami pun tiada sebarang masalah dan kami jalani kehidupan bahagia biarpun kadangkala terpaksa berjauhan kerana kerja masing-masing,” kata Hamizah kepada mStar.

Hamizah yang juga seorang pensyarah di sebuah kolej antarabangsa di Kampar, Perak mendirikan rumah tangga dengan Aidid pada 8 Ogos 2015 dan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Bagaimanapun menurut Hamizah dia diceraikan Aidid, dipercayai seorang pegawai kanan polis berpangkat Inspektor yang bertugas di sebuah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) pada 9 Mac lalu.

Pelukan terakhir Hamizah dan Aidid di mahkamah sebelum sah bercer4i.

“Ikutkan saya nak berdiam diri sahaja tapi apabila dia (Serina) beritahu perkara tidak betul, saya perlu bersuara. Saya syak mereka berkahwin pada minggu ketiga bulan Februari.

“Pada 9 Mac lalu, saya diceraikan dengan talak satu. Cukup sebulan kami bercerai, Serina kongsi berita perkahwinan mereka kepada umum,” katanya.

Bagi mengukuhkan lagi dakwaan, Hamizah turut berkongsi salinan aduannya kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM di IPK Perak kira-kira pukul 2.15 petang pada 2 Mac lalu.

Menerusi aduannya, Hamizah berkata pada 18 Februari lalu dia dimaklumkan oleh Aidid mengenai pernikahannya dengan Serina.

Chef Wan langsung tidak bersalah dalam hal ini.

Hamizah turut menyatakan di dalam aduannya bahawa perkahwinan itu berlaku tanpa kebenarannya selaku isteri pertama.

Untuk rekod JIPS PDRM berfungsi bagi memantapkan integriti pegawai di samping memastikan tugas dilaksanakan dengan mematuhi standard yang telah ditetapkan.

Dalam pada itu, Hamizah memberitahu dia juga cuba menghubungi bapa Serina iaitu cef selebriti terkenal Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan bagi menjelaskan perkara sebenar namun usahanya tidak berjaya.

“Saya ada hubungi Chef Wan untuk jelaskan hal ini tapi tak berjawab. Dia tidak tahu apa-apa fasal pernikahan mereka.

“Chef Wan langsung tidak bersalah dalam hal ini… saya harap netizen pun jangan menilai dengan membaca cerita satu pihak (Serina) sahaja,” ujarnya.

Sebelum ini Chef Wan meluahkan rasa kesal apabila mendakwa Serina sudah menikah di negara jiran tanpa pengetahuannya.

Perkara itu diluahkan oleh Chef Wan selepas beberapa jam Serina mengumumkan mengenai perkahwinan keduanya itu di Instagram pada Jumaat lalu.

Serina bagaimanapun tampil memberitahu bahawa kenyataan bapanya itu adalah tidak benar dan menegaskan pernikahannya dengan Aidid diadakan di Malaysia.

Aktres berusia 38 tahun itu juga berkata tindakan bapanya memuat naik status kecewa itu dilakukan selepas dihasut oleh pihak tertentu yang kurang senang melihat kebahagiaan mereka sekeluarga.

Serina sebelum ini pernah berkahwin dengan Gavin Edward O’Luanaigh pada 1 Januari 2010 namun disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Daerah Petaling pada 1 Ogos 2017.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Tristan Tareef, 11, dan Isabella Saya, 10 tahun.

Chef Wan Menangis

Chef Wan mengakui beliau menangis selepas dibanjiri pelbagai tohmahan berhubung kisah pernikahan anaknya pelakon, Serina Redzuawan, semalam.

Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail, 63, berkata, dia terkilan apabila diketepikan dalam urusan pernikahan anaknya itu dan menyifatkan Serina hanya mementingkan diri.

“Saya tidak pernah membantah hasrat Serina nak berkahwin, sebaliknya mahu dia benar-benar menyiasat calon suaminya terlebih dulu,” katanya dalam satu hantaran di Instagram.

Chef Wan berkata, dia juga kecewa dengan sikap segelintir orang yang tidak tahu hujung pangkal menyerangnya secara terbuka kononnya dia tidak membenarkan Serina berkahwin.

“Sejak mula saya tidak pernah membantah pun. Saya siap bergurau lagi dan suruh dia bersabar untuk beberapa bulan lagi. Kenalah siasat dulu sebelum nikahkan mereka. Akhirnya ada orang beritahu saya mereka sudah nikah di S1am (Thailand).

“Penat mak bapa bela dari dua tapak jari, apabila besar ini balasannya. Semalam saya menangis dengan rasa pedih melihat komen daripada orang ramai. Ia sangat melukakan hati saya,” katanya.

Chef Wan menegaskan dia mempunyai hak untuk bersuara dan menjelaskan kebenaran mengenai perkara itu. Dia tidak mahu perkara itu terus tersebar dan bertukar fitnah.

“Berhenti salahkan saya kononnya aibkan anak nikah di Thailand. Anda tak terfikir saya ada hak untuk jujur menjelaskan dan menyampaikan kebenaran? Tak cerita macam-macam fitnah nanti keluar dan orang akan mengumpat dan mengata macam-macam hingga ditokoktambah. Sedangkan sudah cerita pun masih ada menuduh konon saya tak bagi restu,” katanya.

Chef Wan berkata, perkara ini sepatutnya menjadi teladan buat masyarakat yang berdepan isu kekeluargaan.

Menurutnya, perkara yang salah tetap salah.

“Inilah kisah anak-anak kita yang degil, kepala macam batu! Ia terjadi kepada ramai keluarga di luar sana pun sebelum ini. Bukan saya seorang saja. Apabila buat kesalahan begitu, belajar supaya keluarga lain ambil teladan daripada sifat pendek akal dan pentingkan diri sendiri itu. Ini pengajaran buat semua terutama anak-anak muda. Jangan jadikan perbuatan mereka yang tak betul itu betul,” katanya.

Semalam, Chef Wan meluahkan rasa kecewa apabila hanya mendapat tahu mengenai pengumuman pernikahan anaknya, Serina daripada kakaknya. Beliau turut mendedahkan pasangan itu bernikah di Thailand.

Ia susulan selepas Serina mengumumkan sudah melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihannya yang juga seorang anggota polis dikenali sebagai Aidid, semalam. Menurutnya, majlis pernikahannya itu dibuat secara tertutup.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber : Trendingsangat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.