Kasih ibu sampai syurga, gigih bangun awal sampai siapkan anak dalam kereta sebelum pergi kerja

Setiap wanita bergelar ibu pasti menghad4pi pelbagai cab4ran dalam membesarkan anak-anak. Tambahan lagi apabila ada yang terp4ksa berkejar masa untuk pergi kerja sambil menguruskan anak.

Begitulah seperti kisah seorang ibu bergelar jururawat ini yang tular di aplikasi TikTok di mana dia terpaksa mengejutkan anaknya lebih awal untuk menghantarnya ke sekolah sebelum bergerak ke tempat kerja setiap hari.

Menerusi video berkenaan, kelihatan wanita itu dan anaknya sudah memakai uniform lengkap di dalam kereta. Si ibu mengenakan pakaian jururawat manakala anaknya memakai baju sekolah.

@uyunisa32stp hari cmni laa. rushing nk kj..so akan siapkan ank dlm keta..anak pn terpaksa bgn awal.jarak umh ke tmpt kj +-30km.semoga urusan kita dipermudahkan

♬ original sound – ᴀʟᴀɴ ʟᴜʙɪᴤ

Dalam pada itu, anaknya dilihat masih tidur kepenatan di atas pangkuan sementara si ibu menyiapkannya untuk pergi ke sekolah.

“Setiap hari macam ni lah. ‘Rushing’ nak kerja, jadi akan siapkan anak dalam kereta. Anak pun terpaksa bangun awal. Jarak rumah ke tempat kerja 30km lebih. Semoga urusan kita dipermudahkan,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut merasai cabaran seperti wanita berkenaan. Selain itu, ramai yang kagum melihat kegigihan seorang wanita bernama ibu.

Tak din4fikan lagi, insan bergelar ibu bapa rela berkorb4n masa dan tenaga demi mencari sesuap rezeki untuk kesenangan seisi keluarga.

Justeru itu, sebagai seorang anak kita dituntut untuk berbuat baik serta menghormati mereka sentiasa.

Sumber: TikTok @uyunisa32

“Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?” – Hamka

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber : https://mediabawang.net/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.