“Rasa Nak Berhenti Kerja..”- Janna Nick Menangis Terlalu Penat Bekerja Sehingga ‘Burn Out’.

Pelakon dan penyanyi, Janna Nick menganggap dirinya ‘gagal’ apabila tidak dapat menyembunyikan lagi tekanan terhadap kerjaya dalam kehidupannya.

Menerusi sebuah video di Instagram, pemilik nama Nurul Jannah Muner itu mengakui terlalu bekerja keras sehingga fizikal berasa letih, namun tidak mampu ‘mel4wan’ otaknya untuk terus berfikir mengenai kerja.

Saya seorang yang gagal!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Menurut pelakon berusia 26 tahun itu, walaupun pada waktu dirinya perlu berehat, dia tetap memikirkan soal kerja sehingga tidak mampu lagi menanggung perasaan tersebut.

“Bukan soal saya benci karier atau kehidupan bekerja. Saya suka bekerja, tak boleh tak bekerja. Jadual saya padat sehingga hujung tahun ini. Badan saya sangat penat, tapi otak saya tidak begitu.
“Jadi otak saya terus memaksa badan untuk bekerja. Walaupun ada hari yang saya nak rehat, saya tetap paksa untuk berfikir dan terus berfikir,” katanya.

Dalam masa sama, pelakon drama Marry Me Senorita itu mengakui letih apabila terpaksa berpura-pura untuk menjadi ‘Janna Nick’ yang disifatkan sebagai topeng untuk kelihatan gembira selain memiliki kehidupan sempurna.

Janna berkata, dia hanya mahukan kehidupan yang ‘normal’ namun akan cuba memperbaiki dirinya dalam situasi tersebut agar semuanya kembali pulih seperti biasa.

“I’m just a normal human who want to live a normal life. I don’t like talking, I don’t like meeting people. Dulu bila I tak happy, I could find reasons for me not to be happy.
“Sekarang, I’m so happy tapi my brain won’t allow me to rest. From this I know, that I am my own problem.

But no worries, I’ll fix myself,” ujarnya.

Posting berkenaan dihujani komen rakan artis dan peminatnya yang memberikan kata-kata semangat serta motivasi agar pelakon itu tidak berputus asa selain meminta Janna merehatkan diri untuk beberapa seketika.

Sumber: Instagram Janna Nick

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber : https://sinetronmalaya.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.