Tahniah! Isteri selamat bersaliin, Diusia 50 Tahun Eizlan Yusof sambut kelahiiran anak keempatnya

RAMADAN kali ini menjadi kenangan manis buat pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof apabila isterinya, Datin Seri Natasha Rosa selamat bersali1n di sebuah pusat perub4tan di Shah Alam, Selangor, pada Selasa.

Menerusi Instagram, Eizlan, 50, meluahkan rasa syukur dan memuat naik rakaman video sedang mendukung bay1i pertama hasil perkahwinannya dengan Natasha.

“Alhamdulillah, yayang (nama panggilan isterinya) dan Babyy ZR (gelaran untuk bay1i mereka) berada dalam keadaan baik. Terima kasih atas doa dan ingatan baik buat kami sekeluarga,” tulisnya.

Dalam perkongsiannya itu, Eizlan bagaimanapun tidak menyatakan jantina bay1i tersebut.

Untuk rekod, ini merupakan anak keempat Eizlan, tiga daripadanya hasil perkahwinan sebelum ini iaitu Vie Zaara, 13, Zareef Yusof, 11, dan Vie Zaalia, 8 tahun.

Perkongsian Eizlan di Instagram.

Dalam pada itu, pelakon filem Town Mall ini memberitahu dia mengenakan baju yang sama semasa menyambut kelahiran tiga anaknya sebelum ini.

“Baju ini akan jadi kenangan kerana empat anak saya disambut bersamanya,” katanya.

Menerusi laporan mStar pada Disember tahun lalu, Eizlan berkata anak-anaknya yang lain teruja menerima kehadiran adik baharu.

Eizlan sudah miliki tiga cahaya mata hasil perkahwinannya dengan Vie Shantie Khan sebelum ini.

“Anak-anak yang lain memang suka ada adik. Mereka asyik tanya mamanya (Tasha) bila lagi mereka boleh dapat adik. Jadi mereka teruja apabila dapat tahu Tasha mengandung.

“Mereka pun tak kisah sama ada akan dapat adik lelaki ataupun perempuan, asalkan bay1i sihat serta selamat,” ujarnya.

Eizlan dan Natasha Rosa Boudville, 30, mendirikan rumah tangga di Putrajaya pada 12 Disember 2019.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.